awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
Polis tahan tiga individu, rampas senjata api, amunisi tanpa lesen
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja bunuh rakan sekolah, mahu derma semua harta

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2018
04:34 MYT
Remaja bunuh rakan sekolah, mahu derma semua harta
Pada 14 Februari lalu, Cruz melepaskan tembakan rambang di sekolah tinggi Marjory Stoneman Douglas di bandar Parkland, Florida Selatan menggunakan senjata separa automatik jenis AR-15. - Foto Reuters
Penembak di sebuah sekolah di Parkland, Nikolas Cruz mahu mendermakan hartanya yang dipercayai bernilai ratusan ribu dolar kepada keluarga mangsa dan mereka yang terselamat dalam serangan itu, kata peguamnya hari ini. Pada sidang mahkamah semalam, Hakim Broward County, Elizabeth Scherer menentukan sama ada Cruz yang diwakili peguam pembela umum mampu membayar peguamnya. Peguamnya belum dapat menentukan nilai harta yang ditinggalkan kepadanya selepas kematian ibunya, Lynda Cruz pada November lalu. Namun, laporan tempatan yang memetik anggota keluarganya menyebut, mendiang ibunya menyediakan tabung amanah bernilai AS$800,000 (RM3.1 juta) untuknya. Bagaimanapun, pasukan perundangan Cruz mencadangkan sebarang warisan yang mungkin diperoleh harus disalurkan kepada mangsa-mangsa Cruz dan bukan membayar harga peguam yang mahal. Pada 14 Februari lalu, Cruz melepaskan tembakan rambang di sekolah tinggi Marjory Stoneman Douglas di bandar Parkland, Florida Selatan menggunakan senjata separa automatik jenis AR-15. Dia dituduh melakukan 17 pembunuhan dirancang dan berdepan 17 tuduhan cubaan membunuh. Pendakwa menuntut hukuman mati.
Topic Berkaitan
#AS
#bunuh
#keluarga
#mahkamah
#Nikolas Cruz
#peguam
#remaja
#sekolah
#serangan
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan