Skip to main content

Dunia

Remaja ditahan selepas insiden tembakan di Universiti Negeri Virginia

Five people were reportedly injured, one critically, in a shooting at Virginia State University early on Saturday (August 15) morning.
Polis Daerah Chesterfield meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian dan menentukan sama ada terdapat individu lain yang terlibat. - Foto REUTERS
Advertisement

VIRGINIA: Seorang remaja berusia 19 tahun ditahan selepas insiden tembakan yang mencederakan lima individu di Universiti Negeri Virginia (VSU) awal pagi Sabtu.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Camron Harris dari Henrico, Virginia, ditemui bersembunyi di dalam sebuah almari di kawasan kampus selepas kejadian itu. Harris bukan pelajar universiti berkenaan.

Insiden berlaku berhampiran asrama pelajar kira-kira jam 1.28 pagi waktu tempatan, menyebabkan lima mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Seorang lelaki berusia 21 tahun dilaporkan masih dalam keadaan kritikal, manakala empat lagi mangsa berusia antara 17 hingga 23 tahun mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan siasatan awal menunjukkan kemungkinan lebih daripada seorang individu terlibat dalam serangan tersebut, namun setakat ini hanya seorang suspek ditahan.

Menurut universiti itu, hanya seorang daripada lima mangsa ialah pelajar VSU.

Polis Daerah Chesterfield meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian dan menentukan sama ada terdapat individu lain yang terlibat.

VSU yang terletak di selatan Richmond mempunyai lebih 5,000 pelajar dan merupakan antara universiti yang ditubuhkan bagi menyediakan akses pendidikan tinggi kepada masyarakat Afrika Amerika di Amerika Syarikat.

 

 

Must Watch Video

Advertisement