DUNIA
Remaja kejam lempar kucing

Remaja berusia 16 tahun itu dipercayai mengangkat kucing itu dengan kedua-dua tapak tangannya kemudian melemparkannya ke udara dan jatuh ke tanah.
SATU rakaman video berdurasi 10 saat memaparkan seekor kucing dilempar di Ontario, California.
Rakaman itu telah dimuat naik di media sosial Snapchat dan dikatakan tidak berhati perut sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Menurut laporan Dailymail, remaja berusia 16 tahun itu dikenali sebagai Charlie, dipercayai mengangkat kucing itu dengan kedua-dua tangan kemudian melemparkannya ke udara sebelum haiwan itu jatuh ke tanah.

Rakaman video tersebut dikatakan tidak berhati perut sehingga mendapat perhatian orang ramai. Sumber: Dailymail
Susulan kejadian tersebut, pihak polis masih lagi menyiasat kes itu dan enggan mendedahkan nama sebenar pelaku kerana beliau merupakan penjenayah bawah umur.
Pada masa sama, pemilik kucing, Parla dan ibunya enggan menonton video kejam tersebut.
Beliau mahu penganiaya tahu bahawa dia mencederakan mangsa yang tidak dapat pertahankan diri sendiri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami