Seorang remaja cuba membunuh Ratu Elizabeth II ketika lawatan ahli keluarga diraja itu ke New Zealand.

Christopher Lewis, 17 tahun, melepaskan tembakan ke arah Ratu ketika satu perarakan sempena lawatan baginda ke bandar Dunedin.

Cubaan itu didedahkan Perkhidmatan Perisikan Keselamatan (ISS) New Zealand, menerusi satu dokumen sulit.

Kejadian berkenaan berlaku pada 1981 dan hanya didedahkan baru-baru ini.

Bagaimanapun beberapa bekas anggota polis dan media mengesyaki kejadian itu dirahsiakan.

Media tempatan melaporkan terdengar bunyi tembakan yang ketika kejadian berkenaan, namun diminta mengabaikannya kerana ia didakwa disebabkan papan tanda yang jatuh.

Lewis ditahan sejurus kejadian dan polis menemui senjata jenis rifle serta sisa peluru di dalam bangunan berhadapan acara perarakan yang berlangsung.

"Lewis memang berhasrat membunuh Ratu, tetapi dia tidak mempunyai senjata yang betul dan jarak yang mencukupi untuk melepaskan tembakan yang boleh membunuh Ratu," menurut dokumen tersebut.

Lewis bagaimanapun tidak didakwa dengan tuduhan cubaan membunuh Ratu, tetapi hanya didakwa atas kesalahan berkaitan senjata api.

Sementara itu memo ditulis SIS selepas Lewis muncul di mahkamah pasca kejadian itu mendedahkan sebahagian besar media mengesyaki dia mempunyai kaitan dengan bunyi tembakan ketika perarakan di bandar itu.

Namun pada ketika itu, siasatan dan pendakwaan dilakukan secara sulit, atas sebab-sebab tertentu.

Dipercayai, kejadian itu dirahsiakan kerana kerajaan bimbang Ratu Elizabeth II akan membatalkan lawatan seterusnya ke negara berkenaan.

Sebelum ini, seorang bekas anggota polis di Dunedin, Tom Lewis membuat pendedahan pada 1997, kerajaan New Zealand merahsiakan cubaan membunuh Ratu.

Berikut adalah video sekitar acara lawatan Ratu Elizabeth II di Dunedin, New Zealand pada 1981 yang dikeluarkan ISS.