awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rempuhan di pusat bantuan Yaman, sekurang-kurangnya 80 maut

Bernama
Bernama
20/04/2023
04:44 MYT
Rempuhan di pusat bantuan Yaman, sekurang-kurangnya 80 maut
Bencana itu dipercayai berpunca akibat rempuhan semasa agihan wang tunai secara rawak oleh peniaga tempatan. -AP
SANAA: Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh manakala lebih 220 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah pusat bantuan di Bab Al-Yaman, Sanaa pada Rabu.
Jurucakap rasmi pihak berkuasa kesihatan Houthi, Anis Al-Subaihi mengesahkan kejadian itu sambil berkata pasukan perubatan bertindak balas dengan segera dan memindahkan mangsa yang cedera ke beberapa hospital di ibu negara untuk menerima rawatan.
TV al-Masirah milik Houthi melaporkan bahawa kementerian dalam negeri kumpulan itu mendakwa bencana itu berpunca akibat rempuhan semasa pengagihan wang tunai secara rawak oleh peniaga tempatan, tanpa mendapat kerjasama organisasi atau kementerian.
Jurucakap kementerian itu, Abdul Khaliq Al-Ajri dipetik sebagai berkata bahawa pihak berkuasa telah menahan dua peniaga yang bertanggungjawab terhadap pengagihan wang berkenaan dan sedang menyiasat kejadian itu, lapor Xinhua.
Ramai rakyat Yaman, hidup dalam kemiskinan akibat konflik yang berlanjutan selama bertahun-tahun, berpusu-pusu ke pusat-pusat kebajikan untuk mendapatkan keperluan asas ketika Aidilfitri.
Yaman terperangkap dalam perang saudara sejak akhir 2014.
Peperangan itu telah menyaksikan puluhan ribu orang terbunuh, menyebabkan 4 juta orang hilang tempat tinggal dan mendorong Yaman ke ambang kebuluran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rempuhan di pusat bantuan
#Bab Al-Yaman Sanaa
#pengagihan wang tunai secara rawak
#pusat kebajikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan