awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2024
02:30 MYT
Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam
Kumpulan ikan terdampar di pantai wilayah Sarangani di pulau Mindanao, selatan Filipina. - Foto agensi
MANILA: Sekumpulan ikan didapati terdampar di pantai di Filipina yang mana penduduk menganggapnya rezeki dari Tuhan manakala sebahagian lagi bimbang bahawa ia memberi petanda bencana alam bakal berlaku, lapor portal Sanook.
Seorang pengguna Facebook, Diane Lawa Tagun menyiarkan video kejadian luar biasa itu pada Ahad.
Video menunjukkan penduduk Masiim di wilayah Sarangani di pulau Mindanao, selatan Filipina menjumpai ikan berenang ke darat dan mati di pesisiran pantai.
Beberapa penduduk tempatan memberitahu wartawan bahawa ikan yang berjaya ditangkap mencecah beberapa tan.
Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan di bandar Hakodate di Hokkaido, Jepun menemui puluhan ribu ikan sardin dan kembung mati di sepanjang satu kilometer di pantai tersebut.
Segelintir daripada mengumpul ikan itu untuk dimakan atau dijual, namun pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai tidak memakan ikan itu.
Tambahan pula, kerajaan Jepun turut melepaskan air takungan sisa radioaktif Fukushima yang mana orang ramai menyuarakan kebimbangan mengenai memberi kesan terhadap hidupan laut dan manusia.
Namun, pada 1 Januari lalu, gempa bumi kuat 7.6 magnitud melanda Wilayah Ishikawa di Semenanjung Noto, Jepun.
Sehingga kini tiada penjelasan saintifik mengenai puncak kematian ikan secara besar-besaran di pulau Hokkaido dan kaitan dengan gempa bumi tersebut.
Penganalisis bencana Jepun merumuskan puncak kematian ikan itu mungkin disebabkan cubaan melarikan diri daripada pemangsa atau kekurangan oksigen secara tiba-tiba. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#ikan terdampar
#bencana alam
#ikan berenang ke darat
#Pesisiran pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan