awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2025
01:15 MYT
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin. - Foto REUTERS
NAUCALPAN DE JUAREZ: Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.
Lonjakan ketara ini berlaku selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini membatalkan sistem janji temu CBP One di bawah Presiden AS Donald Trump, yang sebelum ini membenarkan ribuan migran haram masuk secara sah ke AS.
Dalam pada itu, pejabat COMAR kini dibanjiri dengan permintaan permohonan suaka apabila pendatang berdepan cabaran selepas AS mempercepatkan proses pengusiran menggunakan pesawat tentera.
Minggu lalu, pejabat COMAR hanya melayani sebahagian kecil permohonan suaka setiap hari.
Ketika berkempen dalam pilihan raya presiden AS sebelum ini, Trump berjanji untuk segera menahan dan mengusir migran haram di AS.
Sementara itu, Trump turut mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan yang dipanggil "orang asing yang terlibat dalam pencerobohan ke Amerika Syarikat melalui sempadan selatan.
Penambahan tentera itu akan menyokong kontinjen kira-kira 2,200 anggota aktif yang sudah berada di sempadan, menjalankan tugas logistik dan pentadbiran.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#pelarian
#Amerika Syarikat
#COMAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan