BELGRADE (Serbia): Lebih 15,000 umat Islam berhimpun di bandar Novi Pazar, Serbia pada Khamis bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Para peserta melaungkan slogan menegaskan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin, termasuk "Kebebasan bagi Palestin (Freedom for Palestine)," " Dari sungai ke laut (From the river to the sea), "Palestin akan bebas (Palestine will be free)" dan "Hentikan Genosid (Stop the genocide)".
Salah seorang penganjur perhimpunan, Azra Semsovic berkata mereka enggan berdiam diri melihat apa yang berlaku di Gaza.
"Kami tidak sanggup duduk dan melihat sahaja pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap orang awam. Jika kami mampu berbuat apa-apa, sekurang-kurangnya kami boleh turun ke jalan raya sambil berteriak bahawa kami menentang genosid,'' kata Semsovic.
Bendera Palestin dan foto penderitaan rakyat di Gaza dipamerkan ketika tunjuk perasaan itu manakala risalah menyeru agar memboikot produk Israel turut diedar.
"Kami berada di sini untuk menyokong rakyat Palestin -- Muslim dan Kristian -- dan mengatakan bahawa kami tidak akan pernah melupakan kanak-kanak yang tidak bersalah di Gaza dan Palestin. Kami mengutuk sebarang keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah," kata seorang lagi penganjur, Fejzo Radoncic.
Demonstrasi berakhir selepas solat hajat untuk rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Salah seorang penganjur perhimpunan, Azra Semsovic berkata mereka enggan berdiam diri melihat apa yang berlaku di Gaza. - Gambar Reuters
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Himpunan pro-Palestin di luar kedutaan Israel di Washington
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan perhimpunan dan solat di luar Kedutaan Israel di Washington, Amerika Syarikat pada Jumaat.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang nafi tak lulus permohonan pasang bendera Palestin
MBPP menafikan tidak meluluskan permohonan pemasangan bendera Palestin sepanjang 15 meter (m) di Flat Jalan Sungai.
Kenapa tembikai jadi lambang solidariti buat Palestin?
Emoji atau gambar tembikai digunakan sebagai lambang bendera Palestin kerana apabila dipotong, isi buah tersebut kelihatan seperti warna bendera negara tersebut.
Ribuan umat Islam di Serbia berhimpun nyatakan solidariti bersama Palestin
Lebih 15,000 umat Islam berhimpun di bandar Novi Pazar, Serbia pada Khamis bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Penyokong selar pengurusan Celtic, mahu terus kibar bendera Palestin
Ketegangan di antara pihak pengurusan Celtic dengan sebahagian besar penyokong mereka berkenaan konfik Israel-Palestin kian memuncak.
MAPIM ajak masjid di ASEAN kibar bendera Palestin
Kibaran bendera itu adalah sebagai tanda ingatan dan solidariti terhadap rakyat negara itu yang masih belum mendapat hak mereka yang sepatutnya.
Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti
Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin di bangunan itu dipasang dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin.
Drawbridge Terengganu dilimpahi cahaya bendera Palestin
Mercu tanda pelancongan Terengganu itu akan diwarnai cahaya merah, hijau, putih dan hitam bermula jam 7 malam setiap hari selama seminggu.
Rakyat Jerman berhimpun kutuk tindakan Israel serang Palestin
Penunjuk perasaan naik ke monumen di Dataran Heumarkt dan mengibarkan bendera Palestin dengan sorakan dan laungan slogan pro-Palestin.