Skip to main content

Dunia

Ribut dahsyat landa Ohio, kenderaan terbalik akibat angin kencang

 71 south is closed just south of the Norwood Lateral due to a tree down and a crash. Check http://OHGO.com for updates. This one will be here for a while._X @ODOT_Cincinnati
Pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai supaya berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan lebih banyak ribut dalam tempoh beberapa hari akan datang. - Foto X/ODOT Cincinnati
Advertisement

OHIO: Ribut kuat yang melanda negeri Ohio pada Selasa menyebabkan sebuah kenderaan terbalik di lebuh raya utama selain mencetuskan banjir kilat dan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Rakaman kamera Jabatan Pengangkutan Ohio (ODOT) menunjukkan sebuah kenderaan terbalik di Interstate 71 berhampiran Weber Road di Columbus ketika ribut yang disertai angin kencang melintasi kawasan itu.

Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada kejadian berkenaan berpunca daripada puting beliung atau tiupan angin lurus berkelajuan tinggi.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), kelajuan angin mencecah sehingga 82 batu sejam (132 kilometer sejam) di Lapangan Terbang Antarabangsa John Glenn di Columbus.

Tiupan angin itu turut menyebabkan pokok tumbang dan talian elektrik rosak di beberapa lokasi.

Hujan lebat yang mengiringi ribut turut mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Ohio, dengan kenderaan dan bangunan dikelilingi air.

NWS mengeluarkan amaran kecemasan banjir kilat untuk Perry County berikutan keadaan yang semakin meruncing.

Lebih 800,000 pengguna dilaporkan terputus bekalan elektrik di beberapa negeri termasuk Indiana dan Ohio susulan cuaca buruk yang melanda wilayah Midwest serta Lembah Ohio.

Pihak berkuasa tempatan menggesa orang ramai supaya berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan lebih banyak ribut dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan hujan lebat, angin kencang dan banjir kilat terus menjadi ancaman utama.

 

 

Must Watch Video

Advertisement