TOKYO:Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan lebih 1,000 kenderaan yang terkandas selama lebih dua hari di sebuah lebuh raya di Jepun selepas negara itu dilanda ribut salji teruk.
Bagaimanapun pihak berkuasa telah mengagihkan makanan serta selimut kepada pemandu yang terperangkap di Lebuhraya Kanetsu yang menghubungkan Tokyo dan Niigata.
Salji teruk yang bermula pada petang Rabu itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan.
Ia juga menyaksikan lebih 10,000 kediaman di utara dan barat negara itu terputus bekalan elektrik.
Media tempatan, Kyodo News melaporkan, terdapat banyak kesesakan lalu lintas berlaku berpunca daripada Lebuhraya Kanetsu.
Menurut pihak berkuasa, kesesakan sepanjang 16.5 kilometer itu berpunca daripada sebuah treler yang terkandas akibat salji.
Selain itu, kesesakan lalu lintas turut berlaku di Lebuhraya Joshinetsu yang menyaksikan 300 kenderaan terkandas.
Agensi Meteorologi memaklumkan, musim sejuk kali ini disifatkan paling sejuk tahun ini dan dijangka berterusan hingga hujung minggu.
Dalam pada itu Perdana Menteri, Yoshihide Suga memanggil kabinetnya bermesyuarat tergempar dan mendesak orang ramai supaya berhati-hati.
Ribut salji itu menyusul di ketika Jepun sedang bergelut memerangi gelombang ketiga COVID-19, sekali gus memberi tekanan kepada pusta perubatan dan hospital di negara matahari terbit itu.
Khairunnisa Kasnoon
Fri Dec 18 2020

Menurut pihak bekuasa, kesesakan itu bermula apabila sebuah treler terkandas dalam salji menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 16.5 kilometer. - Gambar REUTERS
Fokus Minggu Depan: Debaran All Star Gegar Vaganza
Laporan langsung menjelang All Star Gegar Vaganza bersama Wartawan Astro AWANI, Asyraf Roslan.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.
Pusat multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin
Farm Fresh Bhd rancang membuka 10 pusat multidimensi di seluruh negara yang memberi manfaat kepada murid kurang bernasib baik.

Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.
Suara Rakyat: Ribuan penduduk beratur beli beras RM1
Di sebalik isu kekurangan bekalan beras dan peningkatan harga barangan dalam negara, penduduk di daerah Manjung Lumut, Perak hari ini cukup bertuah.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNCHR, JKM
Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas dibongkar meminta sedekah.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
SPRM mungkin panggil Radzi Jidin - Azam Baki
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Ribut salji, puting beliung kecil landa California Selatan
Cuaca buruk yang terjadi di California Selatan, di mana ribut salji dan puting beliung kecil terjadi di tengah-tengah musim bunga.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ribut salji melanda beberapa bahagian di AS
Jumlah salji dijangka terus menebal antara beberapa inci hingga beberapa kaki, bergantung kepada kawasan.

Sekurang-kurangnya 12 cedera ribut musim sejuk melanda AS
Sekurang-kurangnya 12 cedera akibat ribut musim sejuk di AS

Ribut salji badai California, 100,000 premis terputus bekalan elektrik
Ribut yang mula melanda negeri itu pada Khamis turut mencetuskan hujan batu dan salji lebat luar biasa yang diramal berlarutan sehingga hujung minggu.

17 maut akibat ribut salji di Jepun
Ribut salji dilaporkan melanda sebahagian besar kawasan di Jepun yang mengakibatkan 17 individu maut manakala lebih 90 orang cedera.

Angka kematian akibat ribut salji di AS meningkat kepada 62
Angka kematian akibat ribut salji yang melanda daerah Buffalo di New York meningkat kepada 28 pada Selasa.

Lebih 5,500 penerbangan dibatalkan susulan ribut salji di AS
Bandar Buffalo yang menyaksikan salji lebat pada hujung minggu mencatatkan korban paling ramai.

25 maut akibat ribut salji di New York
Ribut salji di kawasan Buffalo terburuk dalam tempoh 45 tahun itu terbentuk lewat pada Jumaat lalu.

Salji 'Bom Siklon' landa seluruh Amerika Syarikat, sejuta penduduk bergelap
Lebih 200 juta rakyat AS berada di bawah amaran cuaca bahaya memandangkan suhu sejuk menurun sehingga serendah -48 Celsius.