KARACHI (Pakistan): Angka kematian akibat salji tebal di stesen bukit terkenal berhampiran ibu negara Pakistan, Islamabad meningkat kepada 23 orang, ketika pekerja penyelamat dan tentera bertungkus-lumus semalaman untuk membersihkan salji di jalan raya, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai pada Ahad.
Salji lebat sejak tiga hari lalu menimbus Murree, pekan tanah tinggi yang terletak kira-kira 65 kilometer (40 batu) dari Islamabad, dan kawasan lembahnya diliputi salji tebal, menyekat jalan, memutuskan bekalan elektrik, dan menimbulkan panik kepada pelancong yang bergegas mencari perlindungan.
Beribu-ribu kenderaan yang penuh dengan pelancong terperangkap dalam ribut salji di kawasan lembah dan kawasan berdekatan sejak tiga hari lalu.
Sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk lapan daripada sebuah keluarga, meninggal dunia akibat kesejukan dan kekurangan oksigen apabila beribu-ribu kenderaan terperangkap di laluan berbeza di sekitar Murree sejak dua hari lalu, memaksa kerajaan menggerakkan bantuan tentera.
Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara Mejar Jeneral Akhtar Nawaz, berkata penyelamat masih berusaha untuk membersihkan jalan utama, lokasi kebanyakan kematian berlaku.
Menurutnya semua pelancong yang terkandas telah dipindahkan ke hotel dan kem tentera.
Bagaimanapun, tambahnya, "banyak" kenderaan terbiar masih terperangkap di bawah salji, menyukarkan pasukan penyelamat membersihkan jalan utama yang menghubungkan lembah itu dengan seluruh negara.
Menurut polis Murree, kira-kira 600 hingga 700 kenderaan diselamatkan semalaman. Rakaman yang disiarkan penyiar tempatan Geo News menunjukkan tentera menggunakan jentera berat membersihkan jalan raya, dan penyelamat menyiram garam di jalan raya sebagai usaha untuk mencairkan lapisan salji tebal.
Sementara itu, Perdana Menteri Imran Khan mengarahkan siasatan berhubung insiden itu, memfokuskan mengenai sebab pelancong tidak dihalang daripada melawat stesen bukit itu meskipun amaran jelas telah diberi oleh jabatan meteorologi mengenai salji lebat.
Lembah utara dan barat laut Pakistan mengalami salji lebat tahun ini, petunjuk jelas akibat perubahan iklim.
Pakistan adalah antara 10 negara, yang dijangka terjejas teruk akibat perubahan iklim.
Beratus-ratus ribu orang dari seluruh Pakistan mengunjungi Murree dan destinasi pelancongan yang berdekatan untuk menikmati salji pada musim sejuk.
Menurut polis, lebih 100,000 kenderaan memasuki Murree sejak seminggu lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Beribu-ribu kenderaan yang penuh dengan pelancong terperangkap dalam ribut salji di kawasan lembah dan kawasan berdekatan sejak tiga hari lalu. - Gambar/ Reuters
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
Pakistan kecam serangan Israel ke atas kedutaan Iran di Syria
Pakistan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas kedutaan Iran di ibu negara Syria, Damsyik pada Isnin menyifatkannya sebagai peningkatan ketegangan di rantau bergolak itu.
PM Pakistan larang penggunaan karpet merah dalam acara rasmi
Larangan penggunaan permaidani merah dalam acara rasmi merupakan satu langkah kecil ke arah mengurangkan perbelanjaan di peringkat kerajaan.
5 pekerja China terbunuh dalam serangan pengganas di Pakistan
Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan dari Projek Hidroelektrik Dasu, yang sedang dibina oleh sebuah syarikat China diserang oleh pengganas.
Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan
Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Shehbaz Sharif angkat sumpah Perdana Menteri Pakistan
Shehbaz Sharif mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-24 Pakistan untuk penggal kedua pada Isnin.
Hujan lebat di Pakistan ragut 29 nyawa, 50 cedera
Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera akibat hujan lebat yang melanda Pakistan dalam tempoh 48 jam lepas.