awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rishi Sunak ikrar pimpin Britain keluar daripada krisis ekonomi

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2022
23:30 MYT
Rishi Sunak ikrar pimpin Britain keluar daripada krisis ekonomi
Sunak dijangka menamakan Kabinet yang mewakili semua sayap parti bagi menamatkan perbalahan dan perubahan dasar yang mengancam pelaburan asing ke negara itu. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Perdana Menteri Britain baharu, Rishi Sunak berikrar untuk memimpin negara keluar daripada krisis ekonomi dan membina semula kepercayaan dalam politik.
Sunak melantik semula Jeremy Hunt sebagai Menteri Kewangan, langkah yang disifatkan bertujuan menenangkan pasaran yang menolak rancangan ekonomi yang dibentang Liz Truss sebelum ini.
Menurut Sunak, beliau akan menyatukan kembali negara itu.
Sunak dijangka menamakan Kabinet yang mewakili semua sayap parti bagi menamatkan perbalahan dan perubahan dasar yang mengancam pelaburan asing ke negara itu.
Bercakap di 10 Downing Street, Sunak memuji cita-cita pendahulunya Liz Truss untuk menghidupkan semula pertumbuhan ekonomi tetapi mengakui kesilapan telah dilakukan.
Sunak mengakui beliau akan menghadapi cabaran untuk memulihkan kepercayaan selepas apa yang berlaku dan tidak gentar akan cabaran itu.
Beliau turut berharap dapat memenuhi tuntutan jawatan nombor satu negara itu.
Sunak berkata, keputusan sukar menantinya kerana beliau ingin mengurangkan perbelanjaan awam.
Sunak turut mengembalikan Dominic Raab ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, peranan yang hilang dalam tempoh 44 hari Truss memegang jawatan.
Beliau juga melantik semula James Cleverly sebagai Menteri Luar Negeri dan Ben Wallace di Menteri Pertahanan.
Penny Mordaunt juga mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Dewan Rakyat, peranan yang mengatur urusan kerajaan di Dewan Rendah Parlimen.
Topic Berkaitan
#Rishi Sunak
#Jeremy Hunt
#Liz Truss
#krisis ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan