awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Risiko lebih tinggi jika tidak ke sekolah' - PM Britain beri jaminan kepada ibu bapa, pelajar

Agensi
Agensi
25/08/2020
21:48 MYT
'Risiko lebih tinggi jika tidak ke sekolah' - PM Britain beri jaminan kepada ibu bapa, pelajar
Johnson menzahirkan jaminan bahawa pembukaan sekolah buat masa ini masih dalam kategori selamat meskipun negara diancam COVID-19. -REUTERS
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menzahirkan jaminan bahawa pembukaan sekolah buat masa ini masih dalam kategori selamat meskipun negara diancam COVID-19.
Beliau berkata jaminan dibuat susulan kebimbangan para guru dan ibu bapa mengenai kaedah penjarakan fizikal yang tidak akan mampu melindungi kanak-kanak daripada virus berkenaan.
“Saya berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh guru, pihak sekolah, ibu bapa dan murid untuk bersedia dan langkah yang diambil untuk memastikan penjarakan fizikal.
“Nasihat saintifik sudah mengesahkan sekolah adalah selamat dan adalah penting untuk rakyat memahaminya.
“Ini kerana akan wujud risiko lebih tinggi sekiranya kanak-kanak tidak ke sekolah dan ini adalah keutamaan saya ketika ini,” katanya yang dipetik laporan AP.
Sekolah di Britain dijadual dibuka semula September depan buat kali pertama sejak pandemik COVID-19 melanda negara itu.
Pihak kesatuan sebelum ini menuntut Johnson memastikan kaedah penjarakan fizikal dan perlindungan lain dilaksanakan untuk keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah.
Ketika ini, pelajar tidak diwajibkan memakai pelindung muka namun, Johnson menegaskan dan bersedia untuk meminda prosedur operasi standard (SOP) mengikut keperluan semasa.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Britain
#COVID-19
#guru
#Kanak-kanak
#keselamatan
#koronavirus
#menteri
#operasi
#pandemik
#pelajar
#Perdana Menteri
#rakyat
#sekolah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan