SOUTH PADRE ISLAND: Roket gergasi SpaceX yang sedang dalam ujian pelancaran meletup selepas beberapa minit ia dilancarkan pada Khamis.
AP melaporkan, roket berkenaan telah terhempas di Teluk Mexico.
Syarikat bilionair milik Elon Musk meletakkan sasaran untuk melancarkan roket Starship, yang sepanjang 120 meter itu, dalam satu pengembaraan mengelilingi bumi. Ia dilancarkan dari Texas, Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Mexico.
Roket berkenaan bagaimanapun tidak membawa sebarang individu mahupun peralatan satelit.
Pada mulanya, video pelancaran roket berkenaan dipancarkan secara langsung SpaceX dengan iringan sorakan pegawainya.
Imej yang dirakam menunjukkan beberapa segmen daripada 33 enjin roket berkenaan tidak mencapai kadar pembakaran yang betul semasa ia berlepas dari tapak pelancaran.
Belum ada sebarang kenyataan dari pihak SpaceX berkenaan jumlah sebenar enjin yang gagal dinyalakan, atau sama ada ia telah terpadam sebelum waktunya.
Sejurus dilancarkan, roket dengan isian bahan penggalak pembakaran itu sepatutnya terpisah dari rangka utamanya, namun itu tidak berlaku. Roket berkenaan yang baru mencapai ketinggian 39 kilometer, mula terpesong arah dan meletup setelah 4 minit ia meluncur, seterusnya menjunam ke perairan Teluk Mexico.
Beberapa minggu sebelum hari pelancaran, Musk memberi kebarangkalian 50-50 tentang kejayaan pesawat berkenaan dapat sampai ke orbit.
Difahamkan, merereka bagaimanapun mengisytiharkan misi pelancaran itu sebagai ujian penerbangan yang berjaya.
Musk bercita-cita untuk membawa manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2026 dan percaya bahawa Starship akan menjadi roket yang akan membawa mereka ke sana.
Agensi
Thu Apr 20 2023
Imej yang dirakam menunjukkan beberapa segmen daripada 33 enjin roket berkenaan tidak mencapai kadar pembakaran yang betul semasa ia berlepas dari tapak pelancaran. - AP
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship
SpaceX melancarkan ujian penerbangan keenam roket tanpa pemandu Starship pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun lancar satelit kayu pertama di dunia
Jepun pada Selasa melancarkan satelit kayu pertama di dunia ke angkasa lepas.
SpaceX akan jalankan ujian kelima roket Starship
Jendela pelancaran selama 30 minit akan dibuka pada 7 pagi (1200 GMT), selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) memberikan kelulusan pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas
SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di ISS.
Jutawan AS individu awam pertama jelajah angkasa lepas
Jared Isaacman muncul individu awam pertama melakukan penjelajahan di angkasa lepas.
SpaceX kawal 62% satelit aktif di angkasa
Perkhidmatan internet Starlink ditawarkan di lebih 100 negara, termasuk Malaysia. Bergerak ke hadapan, lebih banyak satelit Starlink dijangka dilepaskan ke angkasa.
Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX
Pertimbangan dibuat jika Starliner masih dianggap tidak selamat untuk kembali ke bumi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.