awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rom terima kritikan kerana sediakan alternatif murah kepada Air Pancut Trevi

Bernama
Bernama
01/11/2024
22:30 MYT
Rom terima kritikan kerana sediakan alternatif murah kepada Air Pancut Trevi
Kerja-kerja pembaikan Air Pancut Trevi bermula sebulan lepas, apabila bahagian bawah air pancut itu ditutup dengan pagar dan pita keselamatan. - Foto AP
ROM: Tradisi melemparkan sekeping syiling ke dalam Air Pancut Trevi di Rom dengan tangan kanan melepasi bahu kiri sambil membelakangi air pancut itu terpaksa dihentikan sementara kerana bandar raya itu sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan ke atas mercu tanda abad ke-18 itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pihak berkuasa bandar raya itu telah menyediakan penyelesaian berbentuk kolam segi empat tepat sementara bagi membolehkan berjuta-juta pelancong meneruskan tradisi membuang syiling sepanjang tempoh air pancut itu ditutup.
Hanya beberapa jam selepas kolam itu dibuka, sekumpulan pelancong dilihat berkumpul di hadapannya dan syiling pertama mula dilemparkan. Menurut kepercayaan tahayul, sesiapa yang melemparkan syiling akan kembali ke Rom pada masa hadapan.
Kritikan tidak mengambil masa lama untuk muncul di media sosial. "Bayangkan anda telah menghabiskan beberapa jam di dalam pesawat ke Rom untuk melihat Air Pancut Trevi, kemudian mendapati diri anda di sebalik pagar di hadapan kolam kanak-kanak," kata seorang pengguna secara berseloroh.
Seorang lagi pengguna di platform X menulis: "Apakah yang mengarut ini? Ia kelihatan seperti sebuah kolam yang dipam dengan angin."
Kerja-kerja pembaikan Air Pancut Trevi bermula sebulan lepas, apabila bahagian bawah air pancut itu ditutup dengan pagar dan pita keselamatan. Mercu tanda itu akan dibersihkan menjelang Jubli 2025 apabila Pintu Suci di Basilika St Peter dan gereja-gereja lain dibuka.
Akses ke kawasan sekitar air pancut itu akan dihadkan tahun depan untuk mengawal jumlah pengunjung yang dijangka ramai. Kawasan sekitar air pancut itu sentiasa sesak. Terdapat juga rancangan untuk mengehadkan pengunjung pada masa hadapan dengan mengeluarkan tiket - pada harga tertentu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Pancut Trevi
#kerja pembaikan
#Jubli 2025
#tradisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan