Skip to main content

Dunia

Rubio dakwa Iran 'merayu' perjanjian nuklear baharu dengan AS

US Secretary of State Marco Rubio speaks to the press on the sidelines of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Foreign Ministers Meeting in Pasay, Metro Manila on July 23, 2026. BRENDAN SMIALOWSKI/Pool via REUTERS
Rubio (foto) berkata Tehran masih belum menunjukkan kesungguhan untuk memberikan komitmen penuh terhadap sebarang rundingan rasmi. -Gambar Reuters
Advertisement

MANILA: Amerika Syarikat (AS) mendakwa Iran sedang berusaha mendapatkan satu kesepakatan baharu berhubung program nuklear negara itu menerusi saluran diplomatik negara ketiga.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata Tehran masih belum menunjukkan kesungguhan untuk memberikan komitmen penuh terhadap sebarang rundingan rasmi, lapor Al Jazeera.

Menurut beliau, kepimpinan Iran sering mengubah pendirian atau syarat yang dipersetujui selepas sesuatu persefahaman dicapai.

"Mereka menghubungi kami setiap hari, merayu untuk memeterai perjanjian melalui mesej yang dihantar menerusi negara ketiga.

"Namun masalahnya, setiap kali mereka memeterai perjanjian, mereka sama ada melanggarnya atau mahu mengubah syarat perjanjian tersebut," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila, Filipina.

Kenyataan itu dibuat ketika mengulas situasi keselamatan di Asia Barat susulan pemeteraian Perjanjian Seksyen 123 yang melibatkan kerjasama nuklear awam antara AS dan Arab Saudi pada Rabu.

Rubio berkata Washington akan terus memantau perkembangan semasa melibatkan Iran bagi memastikan kestabilan rantau itu tidak terjejas, termasuk berkaitan keselamatan perkapalan di Selat Hormuz.

Menurut beliau, walaupun pintu diplomasi sentiasa terbuka, pentadbiran Presiden Donald Trump tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ketenteraan lanjut sekiranya Iran terus melancarkan serangan peluru berpandu atau dron terhadap aset sekutu AS.

 

Must Watch Video

Advertisement