awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rupanya gambar sendiri, kerana cemburu wanita tergamak tikam suami

Agensi
Agensi
24/01/2021
10:07 MYT
Rupanya gambar sendiri, kerana cemburu wanita tergamak tikam suami
Polis telah menahan Leonora selepas mendapat laporan daripada jiran terdekat yang mendengar pergaduhan mereka berdua. - Gambar hiasan
SONOR, Mexico:Gara-gara cemburu buta apabila melihat gambar suaminya yang disangkanya bersama wanita lain, seorang isteri mengambil keputusan untuk menikam suaminya berulang kali dengan sebilah pisau.
Namun sangkaannya meleset apabila mendapati gambar yang disimpan di telefon bimbit itu sebenarnya adalah gambar dirinya sendiri beberapa tahun lalu.
Kejadian tragis itu dilaporkan berlaku di Cajeme, Sonor, Mexico, pada Jumaat.
Memetik laporan media antarabangsa, wanita itu yang dikenali sebagai Leonora N telah ditahan polis kerana mencederakan suaminya, Juan N.
Menurut polis, Leonora bertindak sedemikian kerana menyangka suaminya telah curang dengan dirinya selepas menemui beberapa keping gambar suaminya bersama seorang wanita 'lebih muda' di telefon bimbitnya.
Namun Juan menjelaskan semua itu hanyalah salah faham kerana gambar yang dijumpai itu adalah gambar lama mereka berdua ketika sedang bercinta yang didigitalkan untuk dimuat naik ke dalam telefon suaminya.
Polis kemudiannya menahan Leonora selepas mendapat laporan daripada jiran terdekat yang mendengar pergaduhan mereka berdua.
Topic Berkaitan
#curang
#tikam
#suami
#wanita
#jenayah
#polis
#antarabangsa
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan