awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Matahari muncul semula - Holgado
Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat
Melangkah bersama kelestarian: Komitmen Ajinomoto (Malaysia) Berhad demi masa depan lebih hijau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia kekal kuasa ketenteraan kedua dunia pada awal 2026 - Global Firepower

Bernama
Bernama
27/01/2026
01:30 MYT
Rusia kekal kuasa ketenteraan kedua dunia pada awal 2026 - Global Firepower
- Gambar hiasan/REUTERS
MOSCOW: Rusia mengekalkan kedudukannya sebagai negara kedua paling berkuasa di dunia dari segi kekuatan ketenteraan pada awal 2026, menurut data Penarafan Kekuatan Ketenteraan Global Firepower 2026 yang dikeluarkan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Penarafan itu menilai lebih 60 faktor untuk mengira indeks kuasa ketenteraan bagi 145 negara, termasuk situasi kewangan, lokasi geografi, keupayaan logistik dan faktor-faktor lain.
"Bagi tahun 2026, Rusia berada di kedudukan kedua daripada 145 negara yang dipertimbangkan untuk tinjauan tahunan GFP," menurut kenyataan di laman sesawang penarafan berkenaan.
Amerika Syarikat memegang kedudukan pertama, manakala China, India, Korea Selatan, Perancis, Jepun, United Kingdom, Turkiye dan Itali turut berada dalam senarai 10 teratas. Pada masa yang sama, Ukraine kini menduduki tempat ke-20.
Global Firepower turut membentangkan penarafan kekuatan armada tentera laut bagi 51 negara berdasarkan jumlah tan. Menurut statistik itu, tentera laut Rusia berada di kedudukan ketiga di peringkat global, di belakang Amerika Syarikat dan China.
Global Firepower merupakan penarafan kuasa ketenteraan yang diterbitkan sejak tahun 2005. Ia adalah sebahagian daripada rangkaian Military Factory yang membekalkan data mengenai persenjataan nasional.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#kekuatan ketenteraan
#data penarafan
#Rusia
#Global Firepower
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan