awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia kesal kegagalan PBB hentikan pertumpahan darah di Gaza akibat veto AS

Bernama
Bernama
20/09/2025
10:47 MYT
Rusia kesal kegagalan PBB hentikan pertumpahan darah di Gaza akibat veto AS
Wakil Amerika Syarikat ke PBB, Morgan Ortagus, menerima kecaman hebat selepas dia menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, dan kekal di Gaza. - Reuters
MOSCOW: Kementerian Luar Rusia pada Jumaat menyuarakan rasa kesal kerana Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih gagal menamatkan keganasan dan penderitaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza akibat veto berulang oleh Amerika Syarikat.

Ringkasan AI
  • Kementerian Luar Rusia menyuarakan rasa kesal terhadap kegagalan Majlis Keselamatan PBB menamatkan keganasan di Gaza akibat veto berulang oleh Amerika Syarikat, termasuk dalam cubaan meluluskan resolusi gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan.
  • Rusia menegaskan pendiriannya bahawa keamanan di rantau itu tidak dapat dicapai tanpa penyelesaian adil terhadap isu Palestin serta penunaian hak dan aspirasi sah rakyat Palestin.
  • Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa veto sebanyak tujuh kali sejak peningkatan krisis, manakala semua anggota lain Majlis Keselamatan menyokong draf resolusi gencatan senjata yang dibentangkan.

"Ketidakupayaan Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikan pertempuran dan pertumpahan darah serta menamatkan penderitaan orang awam adalah amat dikesali dan mengecewakan," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman web rasminya, lapor Xinhua.
Pada Khamis, anggota tidak tetap Majlis Keselamatan sekali lagi cuba meluluskan resolusi yang menggesa gencatan senjata di Semenanjung Gaza, pembebasan tawanan dan akses untuk bantuan kemanusiaan.
Semua anggota majlis mengundi menyokong draf resolusi itu kecuali Amerika Syarikat, yang menggunakan kuasa veto buat kali ketujuh sejak peningkatan krisis.
Kementerian Luar mengulangi pendirian Rusia bahawa sikapnya terhadap konflik Israel-Palestin kekal konsisten.
Rusia percaya keamanan dan keselamatan sebenar di rantau itu mustahil dicapai tanpa penyelesaian adil terhadap isu Palestin serta penunaian hak dan aspirasi sah rakyat Palestin, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Rusia
#Genosid Gaza
#veto AS
#kekejaman israel
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan