VLADIVOSTOK: Rusia melihat terdapat prospek untuk perkongsian dengan Malaysia dalam industri angkasa, kata Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia Valery Falkov pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Mesyuarat kelima Suruhanjaya Bersama Rusia-Malaysia mengenai Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan membuka tirai di Vladivostok pada Khamis.
"Terdapat prospek perkongsian Rusia-Malaysia dalam sektor angkasa lepas. Sebuah syarikat Rusia telah membina dan melancarkan satelit untuk Malaysia ke orbit," kata Falkov, pengerusi bersama suruhanjaya itu kepada pemberita.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata Rusia dan Malaysia juga mempunyai peluang besar untuk kerjasama dalam sektor tenaga, termasuk gas asli cecair dan gas petroleum cecair.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI