awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Rusia sedia bantu Turkiye bina loji kuasa nuklear baharu - Timbalan PM

Bernama
Bernama
28/06/2025
13:05 MYT
Sponsor Banner
Rusia sedia bantu Turkiye bina loji kuasa nuklear baharu - Timbalan PM
Noval mempengerusikan bersama mesyuarat suruhanjaya antara kerajaan Rusia-Turkiye bersama Menteri Perdagangan Turkiye Omer Bolat di Moscow pada Jumaat. - Reuters
ISTANBUL: Rusia sedia untuk mengambil bahagian dalam pembinaan sebuah lagi loji kuasa nuklear di Turkiye, kata Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.
"Pada masa ini, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan untuk menilai daya maju ekonomi bagi pembinaan loji kuasa nuklear baharu. Usaha ini dilaksanakan demi kepentingan pihak Turkiye bagi membangunkan model ekonomi yang saling menguntungkan. Rusia amat berbesar hati untuk terlibat dalam pelaksanaan projek ini," kata Novak kepada agensi berita kerajaan Turkiye, Anadolu.
Novak berkata demikian selepas mempengerusikan bersama mesyuarat suruhanjaya antara kerajaan Rusia-Turkiye bersama Menteri Perdagangan Turkiye Omer Bolat di Moscow pada Jumaat.
Pada Mei lalu, Menteri Tenaga Turkiye Alparslan Bayraktar memaklumkan bahawa rundingan sedang dijalankan dengan lima negara termasuk Rusia untuk pembinaan dua loji kuasa nuklear. Pada Disember, Bayraktar menyatakan Ankara merancang untuk membuat keputusan muktamad mengenai projek Sinop dan Thracia pada 2025, sambil menegaskan bahawa pengalaman Rusia dalam tenaga nuklear adalah sangat penting.
Semasa sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pada Julai 2024 di Astana, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Rusia Vladimir Putin telah membincangkan secara terperinci mengenai projek loji kuasa nuklear baharu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#loji nuklear
#Turkiye
#alexander noval
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami