NEW YORK: Rusia mengutuk sikap hipokrit negara-negara barat yang berat sebelah atas pendirian dalam perang Iran-Israel pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Duta Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia berkata negara-negara barat, termasuk Perancis, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) mempamerkan sikap itu selepas mereka enggan menyokong kenyataan yang mengutuk serangan Israel ke atas konsulat Iran pada 1 April.

Nebenzia mengutuk tindakan Israel terhadap Iran yang disifatkan jelas pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna, yang melarang pencerobohan terhadap kemudahan diplomatik.

Menurutnya mereka tahu bahawa serangan terhadap wakil diplomatik adalah perbuatan yang menimbulkan perang di bawah undang-undang antarabangsa.

Tetapi negara-negara ini hanya ikrar serangan balas, jika perwakilan dan sekutu barat mereka diserang.

Menurutnya lagi majlis itu juga tidak dapat mencapai apa-apa jenis kecaman dan tindakan terhadap Israel.

Ini kerana, bagi blok itu, segala yang ada kaitan dengan perwakilan barat dan warga barat adalah suci dan perlu dilindungi.

Rusia tegaskan hak mempertahankan diri hanya terpakai kepada negara-negara barat dan bukan negara lain.

Malah, duta Rusia berkata, mereka telah menyediakan kenyataan akhbar atas nama Majlis Keselamatan tentang serangan itu tetapi ditolak.

AS juga mendakwa pada 2 April, bahawa mereka tidak tahu sama ada Israel terlibat atau tidak.

Menurutnya perwakilan barat bersikap pilih kasih dalam serangan kali ini.