awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines

Bernama
Bernama
27/12/2024
08:44 MYT
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Pesawat yang membawa 67 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan dalam perjalanan dari Baku ke Grozny, apabila ia terhempas 3 kilometer dari Aktau di pantai Laut Caspian. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa, lapor Agensi Anadolu.
"Adalah tidak wajar membuat andaian sebelum hasil siasatan dikeluarkan," kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Khamis.
Pesawat yang membawa 67 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan dalam perjalanan dari Baku ke Grozny, apabila ia terhempas 3 kilometer dari Aktau di pantai Laut Caspian.
Dalam kejadian itu, seramai 29 mangsa terselamat termasuk dua kanak-kanak.
Azerbaijan dan Kazakhstan telah melancarkan siasatan berhubung insiden itu.
Terdahulu pada Khamis, pegawai kanan Azerbaijan mengesahkan kepada Anadolu bahawa nahas itu disebabkan oleh sistem peluru berpandu Rusia.
Namun, pihak berkuasa penerbangan awam Rusia, Rosaviatsia menegaskan bahawa nahas mungkin berpunca daripada perlanggaran burung.
Pesawat malang itu dilaporkan tersasar dari laluan di Laut Caspian sebelum terhempas.
Pihak berkuasa Kazakhstan dan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev menyeru agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, sambil menyatakan cuaca buruk mungkin menyebabkan pesawat itu terpaksa mengubah haluan.
Insiden berlaku di tengah-tengah peningkatan aktiviti pertahanan udara Rusia yang menyasarkan dron Ukraine di rantau terbabit.
Data penerbangan awam menunjukkan gangguan GPS di kawasan berkenaan, menimbulkan lebih banyak persoalan.
Bagaimanapun, Peskov menegaskan bahawa sebarang kesimpulan hanya boleh dibuat selepas siasatan rasmi selesai dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Rusia
#Azerbaijan Airlines
#tembak jatuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan