Rusia telah menolak permintaan Belanda untuk menyerahkan seorang suspek dalam tragedi serangan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.
Reuters melaporkan, warga Ukraine Volodymyr Tsemakh telah dikenal pasti sebagai suspek oleh pihak Belanda dalam siasatan insiden gempar pada 17 Julai 2014 tersebut, yang mengorbankan kesemua 298 orang di dalam pesawat berkenaan.
Dua per tiga daripada jumlah itu merupakan warga Belanda, yang sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MH17 telah ditembak jatuh sewaktu melintas ruang udara di wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.
Pasukan penyiasat berkata, peluru berpandu yang menghentam pesawat itu berasal dari jentera pelancar yang dibawa dari pangkalan tentera Rusia di Kursk, berdekatan dengan sempadan.
Moscow bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.
Tsemakh dinamakan oleh pihak Belanda sebagai suspek, namun dia bukan dari kalangan empat lelaki – tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine – yang bakal berdepan perbicaraan di mahkamah Belanda pada Mac atas tuduhan membunuh.
“Perkhidmatan Pendakwaan Awam merumuskan bahawa Rusia secara sukarela membenarkan Tsemakh meninggalkan Persekutuan Rusia dan menolak permintaan Belanda. Di bawah Konvensyen Ekstradisi Eropah, Rusia perlu memetuhinya,” ujar satu kenyataan.
Rusia tidak mengekstradisi warganegaranya, namun pendakwa raya Belanda berkata ia tiada kaitan dengan kes itu kerana Tsemakh adalah warga Ukraine.
Pendakwa raya Belanda masih belum membuat keputusan sama ada akan mendakwa Tsemakh.
Tsemakh, yang dikenal pasti sebagai bekas komander puak pemisah yang disokong Rusia di timur Ukraine, telah dibawa ke Rusia sebagai pertukaran tahanan pada September antara Moscow dan Kiev.
Pendakwa raya Belanda berkata, mereka sudah meminta Moscow menahan Tsemakh dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Belanda untuk disoal siasat, namun telah menerima notis pada 19 November yang menyatakan Rusia tidak boleh berbuat demikian kerana keberadaannya tidak diketahui.
Agensi
Tue Dec 03 2019

MH17 telah ditembak jatuh sewaktu melintas ruang udara di wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine pada Julai 2014. - Gambar fail

Ayah M Nasir meninggal dunia di Singapura
Allahyarham Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya sekitar pukul 7.30 pagi ini.

'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.

'Modal RM600,000, jual balik RM20,000'
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.

Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Ia harus berterusan dan berulang kali. Sebab itu kita harus memahami dan menghargai sejarah negara dalam konteks memerangi rasuah.

Niaga AWANI: Bagaimana kenyataan FOMC,IMF, vaksin pengaruhi pasaran?
Kami membincangkan berkenaan saham Gamestop yang mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus dalam dagangan semalam. Terkini Forum Wallstreetbets di Reddit telah ditutup untuk umum dan perlukan jemputan untuk melihat kandungannya. Saksikan rakaman temubual berkenaan.

Niaga AWANI: Saham di pasaran Asia dijangka rendah
Saham di pasaran Asia dibuka rendah dengan pelabur ambil kira kejatuhan pasaran di Amerika. Dalam masa yang sama, pelabur turut perhatikan pengeluar komponen Apple di Asia dan saham Alibaba Group. Ini susulan keputusan sukuan Apple dan laporan WSJ yang ant ingin jadi syarikat kewangan dengan seliaan PBOC.

Bodek-membodek untuk dapatkan sesuatu patut dijadikan jenayah rasuah
Walaupun tidak melibatkan pemberian atau pertukaran barang tertentu untuk mendapatkan balasan, amalan bodek-membodek sedikit sebanyak mempunyai kesan yang buruk sama seperti jenayah rasuah.

Jangan jadikan darurat satu isu, bebaskan Malaysia daripada COVID-19 dahulu - Pakar undang-undang
Beliau berkata negara lain seperti New Zealand, Jepun, Australia, Perancis, Finland dan Indonesia turut mengambil langkah sama.

AWANI Pagi: Sindrom terowong carpal: Apakah simptom & rawatan yang ada?
Pergelangan anda selalu sakit dan kebas? Mungkin ini petanda Sindrom Terowong Carpal. Ikuti kupasannya bersama Dr Mohamed Faizal Sikkandar, Pakar Ortopedik UiTM Private Specialist Centre (UPSC) dalam #AWANIpagi #HapusCOVID19 #AWANInews

AWANI Ringkas: Thaipusam dalam norma baharu | CPI 2020: Di mana kedudukan Malaysia?

COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.16 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 427,000 kes.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lepasi 100 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.38 juta kes.

COVID-19: Kes positif lebih 96.6 juta di seluruh dunia
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.3 juta kes.

Ini cara bijak Belanda atasi hakisan pantai
Belanda beralih pula kepada -Sand Motor-, pasir yang dikorek dan ditambak di satu kawasan - membentuk bukit pasir secara semulajadi.

Perintah berkurung di Belanda dilanjutkan
Belanda mengumumkan lanjutkan perintah berkurung selama lima minggu lagi sehingga Februari.

Belanda mulakan program vaksinasi pertama
Langkah suntikan vaksinasi sulung negara tersebut bermula melibatkan staf rumah jagaan dan petugas barisan hadapan hospital.

COVID-19: Kes positif cecah 86.1 juta, angka korban lebih 1.86 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 20.97 juta kes.

COVID-19: Kes positif global 80.6 juta, korban lebih 1.76 juta
Setakat pagi Isnin (28 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 19.07 juta kes.

COVID-19: Kes positif global lebih 68 juta, korban lepasi 1.55 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan lebih 610,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Tujuh kontena susu tepung dari Ireland, Belanda bernilai RM2 juta dirampas
Tujuh kontena susu tepung dari Ireland dan Belanda bernilai RM2juta dirampas