awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, Ukraine setuju adakan pertukaran tawanan perang baharu - Zelenskyy

Bernama
Bernama
02/06/2025
21:10 MYT
Rusia, Ukraine setuju adakan pertukaran tawanan perang baharu - Zelenskyy
Zelenskyy pada Isnin mengumumkan, Moscow dan Kyiv bersetuju untuk mengadakan satu lagi pusingan pertukaran tawanan perang. - Gambar AP
MOSCOW: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Isnin mengumumkan, Moscow dan Kyiv bersetuju untuk mengadakan satu lagi pusingan pertukaran tawanan perang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap pada sidang media di Vilnius, ibu negara Lithuania, Zelenskyy berkata, delegasi kedua-dua pihak telah bertukar dokumen melalui Turkiye dalam satu mesyuarat yang diadakan di Istana Ciragan, Istanbul.
"Kami sedang membuat persiapan bagi pembebasan tawanan perang," katanya.
Dalam satu kenyataan berasingan, Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov berkata, negara itu mengemukakan tiga perkara utama dalam rundingan itu, iaitu gencatan senjata, pembebasan rakyat Ukraine termasuk tawanan dan kanak-kanak yang diculik, serta pertemuan antara pemimpin.
"Setakat ini, hanya aspek pertukaran yang telah dipersetujui. Butiran lanjut akan diberikan kemudian," katanya.
Istanbul sebelum ini turut menjadi tuan rumah rundingan pada 16 Mei lepas yang menyaksikan pertukaran tawanan terbesar antara kedua-dua negara sejak konflik bermula, yang kini memasuki tahun keempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#tawanan perang
#Volodymyr Zelenskyy
#Istana Ciragan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan