awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Bangladesh: Perintah berkurung dilanjut, pelajar terus desak kerajaan

Bernama
Bernama
22/07/2024
11:15 MYT
Rusuhan Bangladesh: Perintah berkurung dilanjut, pelajar terus desak kerajaan
Sejak minggu lalu, jumlah kematian akibat demonstrasi meningkat kepada 143 orang manakala ribuan lagi cedera. - Foto AP
DHAKA/ISTANBUL: Perintah berkurung di Bangladesh memasuki hari ketiga berturut-turut pada Isnin selepas para pelajar mendesak kerajaan mengeluarkan notis rasmi mengenai kuota baharu bagi perkhidmatan awam.
Pemimpin pelajar yang terlibat dalam gerakan anti-kuota berkata kerajaan perlu mematuhi perintah Mahkamah Agung untuk mengurangkan kuota pekhidmatan awam kepada tujuh peratus, termasuk lima peratus untuk keluarga veteran perang, lapor Agensi Anadolu.
Sebelum ini, kuota 56 peratus dalam perkhidmatan awam mencetuskan protes besar-besaran dalam kalangan pelajar, menyebabkan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan kerajaan.
Sejak minggu lalu, jumlah kematian akibat demonstrasi meningkat kepada 143 orang manakala ribuan lagi cedera, menurut sumber kesihatan.
Kerajaan memutuskan jaringan internet jalur lebar dan mudah alih pada Khamis serta mengenakan perintah berkurung di seluruh negara pada malam Jumaat.
Perintah berkurung masih dikuat kuasa sehingga kini.
Bagi meredakan kemarahan pelajar, kerajaan membawa kes ke Mahkamah Agung pada Ahad.
Mahkamah memerintahkan pentadbiran Perdana Menteri Sheikh Hasina untuk mengurangkan kuota kepada tujuh peratus dalam perkhidmatan awam.
Namun, para pelajar mendakwa bahawa arahan rasmi mengenai keputusan itu masih belum dikeluarkan.
Protes menentang sistem kuota 56 peratus meningkat minggu lepas, menyebabkan kerajaan menutup institusi pendidikan sebagai tindak balas.
Sebanyak 30 peratus daripada kuota 56 peratus perkhidmatan awam diperuntukkan untuk keluarga veteran perang kemerdekaan 1971.
Susulan sekatan internet, aliran maklumat dari Bangladesh telah berkurangan dan kebanyakan media tempatan tidak dapat mengemas kini laman sesawang mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan Bangladesh
#perintah berkurung dilanjut
#kuota baharu
#jumlah kematian meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan