DUNIA
Rusuhan Indonesia: 'Tiada rampasan kuasa' - TNI nafi rancang darurat tentera susulan protes

Jeneral Tandyo Budi Revita berkata kehadiran anggota tentera di ibu kota adalah sebahagian sokongan keselamatan yang diminta secara rasmi oleh pihak berkuasa sivil, dan bukan bertujuan mengambil alih kuasa. -Gambar fail/Wikiwand
JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) menegaskan tiada sebarang rancangan untuk melaksanakan darurat tentera susulan gelombang demonstrasi yang melanda Jakarta dan beberapa wilayah lain sejak minggu lalu.
Ringkasan AI
- Tentera Nasional Indonesia (TNI) menegaskan tiada rancangan untuk melaksanakan darurat tentera susulan demonstrasi yang melanda beberapa wilayah.
- Kehadiran tentera di Jakarta adalah atas permintaan rasmi pihak berkuasa sivil untuk sokongan keselamatan, bukan untuk mengambil alih kuasa.
- Tanggungjawab utama menangani demonstrasi terletak pada Polis Nasional (Polri), manakala TNI hanya membantu koordinasi keselamatan seperti diarahkan Presiden Prabowo.
Beliau menjelaskan bahawa tanggungjawab utama dalam menangani demonstrasi terletak pada Polis Nasional (Polri), manakala TNI berperanan menyokong koordinasi keselamatan seperti yang diarahkan oleh Presiden Prabowo Subianto.
Kenyataan itu hadir selepas spekulasi bahawa kehadiran ratusan anggota tentera di sekitar Monumen Nasional dan Istana Presiden bertujuan membuka jalan kepada pelaksanaan darurat tentera, susulan rusuhan yang meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan mencetuskan kerosakan harta awam.
Presiden sebelum ini telah mengarahkan Panglima TNI Jeneral Agus Subiyanto dan Ketua Polis Negara Jeneral Listyo Sigit Prabowo agar mempertingkat koordinasi dalam menangani demonstrasi yang semakin tegang dan meluas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami