DUNIA
Rusuhan Indonesia: TNI nafi rancangan darurat tentera di tengah gelombang demonstrasi

Anggota tentera dikerahkan susulan beberapa hari protes ganas terhadap keistimewaan dan elaun ahli parlimen di Jakarta, Indonesia. - Foto AP
JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) menegaskan bahawa tiada sebarang rancangan untuk melaksanakan darurat tentera susulan gelombang demonstrasi yang melanda Jakarta dan beberapa wilayah lain sejak minggu lalu.
Ringkasan AI
- TNI nafikan rancangan darurat tentera susulan demonstrasi besar di Jakarta dan wilayah lain.
- Kehadiran tentera adalah atas permintaan rasmi pihak berkuasa sivil, bukan untuk ambil alih kuasa.
- Polri kekal bertanggungjawab utama, TNI hanya sokong koordinasi keselamatan seperti diarahkan Presiden.
“Tanggungjawab utama dalam menangani demonstrasi terletak pada Polis Nasional (Polri), manakala TNI hanya menyokong koordinasi keselamatan seperti yang diarahkan oleh Presiden Prabowo Subianto,” kata Tandyo dalam satu kenyataan media.
Penjelasan itu dibuat susulan spekulasi bahawa kehadiran ratusan anggota tentera di sekitar Monumen Nasional dan Istana Presiden bertujuan membuka jalan kepada pelaksanaan darurat tentera, selepas rusuhan yang meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan mencetuskan kerosakan harta awam.
Presiden Prabowo sebelum ini telah mengarahkan Panglima TNI, Jeneral Agus Subiyanto, dan Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, agar mempertingkat koordinasi dalam menangani demonstrasi yang semakin tegang dan meluas di beberapa kawasan bandar utama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami