Skip to main content

Malaysia

Pengumuman Bantuan Kasih Johor Fasa 4 dijangka minggu depan - Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 2 Mei -- Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL) hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL) hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 dijangka diumumkan minggu depan dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata inisiatif tersebut antara langkah kerajaan negeri menjamin kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Advertisement

“Bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Johor, kerajaan negeri pimpinan UMNO akan mengumumkan BKJ Fasa 4 untuk rakyat negeri ini. Insya-Allah, kita umumkan minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

BKJ merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Johor sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan rentan dan berpendapatan rendah.

Setakat ini, lebih 500,000 rakyat negeri itu telah mendapat manfaat bantuan itu, dengan lebih RM150 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Johor 2026 untuk pemberian BKJ.

-- BERNAMA

Must Watch Video