awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sadis! Remaja dinoda, diseksa, ditatu

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2018
04:10 MYT
Sadis! Remaja dinoda, diseksa, ditatu
Memetik portal al-Jazeera, remaja itu diperkosa secara bergilir-gilir, dicucuh rokok dan beberapa bahagian tubuhnya ditatu. - Foto Sinar Harian
Kemarahan tercetus di Maghribi selepas media tempatan melaporkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun diculik, diseksa dan turut dinoda sekumpulan lelaki.
Sejak Isnin lalu, lebih 12,000 telah menandatangani petisyen menggesa kerajaan Raja Mohammed VI memberikan bantuan perubatan segera dan rawatan psikologi selepas video memaparkan keadaan mangsa menjadi tular.
Menerusi video disiarkan saluran Shoof, mangsa mendakwa dia diculik di bandar Olad Ayad, wilayah Beni Mellal, kira-kira dua bulan lalu.
Memetik portal al-Jazeera, remaja itu diperkosa secara bergilir-gilir, dicucuh rokok dan beberapa bahagian tubuhnya ditatu.
"Mereka mengurung saya selama dua bulan dan saya diseksa dengan teruk. Saya tidak akan maafkan mereka. Mereka telah hancurkan hidup saya," katanya.
Menurut bapa mangsa, tiga suspek telah ditahan pada Sabtu lalu dan perbicaraan mereka dijadualkan bermula pada 6 September ini.
Pengguna media sosial turut melancarkan hashtag #weareallKhadija untuk mengetengahkan isu keganasan ke atas wanita di negara Afrika Utara.
Topic Berkaitan
#dera
#keganasan
#mangsa
#penderaan
#perubatan
#remaja
#suspek
#video
#wanita
#werealkhadija
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan