awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham di bursa Amerika Syarikat ditutup rendah

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2021
23:08 MYT
Saham di bursa Amerika Syarikat ditutup rendah
Wall Street sebelum ini mendapat sentimen positif selepas pakej rangsangan USD 1.9 trilion diluluskan. -Gambar hiasan
NEW YORK: Saham di Bursa Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah dalam dagangan Selasa dengan pelabur menantikan keputusan mesyuarat The Fed.
Dalam masa yang sama, jualan saham tenaga dan perindustrian turut mengheret turun Dow Jones yang jatuh 127 mata dan S&P 500 jatuh enam mata manakala Nasdaq naik 11 mata.
Menurut laporan Reuters, pelabur menjangkakan The Fed akan menyemak naik unjuran ekonomi dan akan kekalkan kadar faedah rendah.
Wall Street sebelum ini mendapat sentimen positif selepas pakej rangsangan AS$1.9 trilion diluluskan kerana ia disokong janji Presiden Joe Biden untuk melaksanakan vaksinasi 100 juta warga AS dalam masa terdekat.
Sementara itu, harga minyak mencatatkan kejatuhan selepas beberapa negara di eropah menggantung penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca.
Keputusan menggantung vaksin tersebut dijangka akan mengancam pemulihan dan pembukaan aktiviti ekonomi yang lebih meluas di eropah.
Pada semakan terakhir Brent jatuh sekitar 49 sen kepada AS$68 setong.
Topic Berkaitan
#Bursa Amerika
#The Fed
#saham
#Dow Jones
#Joe Biden
#vaksin
#AstraZeneca
#harga minyak
#Nasdaq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan