awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Tesla merosot, Elon Musk umum kurangkan tumpuan terhadap DOGE

Bernama
Bernama
23/04/2025
06:05 MYT
Saham Tesla merosot, Elon Musk umum kurangkan tumpuan terhadap DOGE
Musk dilapor sedang mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua DOGE susulan serangan daripada pihak politik berhaluan kiri. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Usahawan jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk, mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengurangkan penglibatan dalam Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE) dan memberi lebih tumpuan kepada syarikat kenderaan elektriknya, Tesla, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Bermula seawal bulan depan, Mei, komitmen masa saya terhadap DOGE akan berkurangan dengan ketara," kata Musk pada Selasa, seperti dipetik oleh NBC News semasa sesi taklimat kewangan Tesla kepada pelabur Tesla yang bimbang berikutan kejatuhan keuntungan syarikat itu.
Tesla pada Isnin mengumumkan bahawa keuntungan suku tahunannya merosot sebanyak 71 peratus. Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, dilaporkan mengakui pada Mac bahawa penglibatannya dengan kerajaan AS telah menjejaskan harga saham syarikat itu.
"Saya rasa saya akan terus meluangkan satu atau dua hari seminggu untuk urusan kerajaan selagi presiden mahukan saya berbuat demikian, dan selagi ia memberi manfaat. Tetapi mulai bulan depan, saya akan memperuntukkan lebih banyak masa untuk Tesla, memandangkan kerja utama menubuhkan Jabatan Kecekapan Kerajaan kini telah selesai," katanya pada Selasa.
Akhbar The Washington Post pada Isnin melaporkan, memetik sumber yang mengetahui perkara itu, bahawa Musk sedang mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua DOGE susulan serangan daripada pihak politik berhaluan kiri.
DOGE ditubuhkan menerusi satu perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 20 Jan, dengan mandat untuk mengurangkan pembaziran perbelanjaan dan menyusun semula agensi persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Tesla
#DOGE
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan