JAKARTA: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Yohannes Abraham telah menekankan komitmen Kerajaan AS terhadap pemusatan ASEAN.
Pemusatan ASEAN adalah teras strategi Presiden AS untuk Indo-Pasifik, kata diplomat itu dalam wawancara baru-baru ini dengan Agensi Berita Indonesia Antara, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).
Abraham membuat kenyataan itu bagi menjawab soalan mengenai ketidakhadiran Presiden AS Joe Biden pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang dijadualkan pada 5 hingga 7 September di Jakarta.
Walaupun Biden tidak hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, beliau menegaskan bahawa Kerajaan AS kekal komited untuk menyokong pemusatan ASEAN.
Ini dibuktikan daripada sidang kemuncak khas yang diadakan oleh Presiden di Washington DC dan lawatannya ke Kemboja dan Indonesia tahun lepas, tambahnya.
Naib Presiden Kamala Harris yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur untuk berinteraksi dengan pemimpin dari Indo-Pasifik.
Ini adalah lawatan ketiga beliau ke rantau ini dan Indonesia akan menjadi negara anggota ASEAN kelima yang beliau lawati.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
Pemusatan ASEAN adalah teras strategi Presiden AS untuk Indo-Pasifik, kata diplomat itu dalam wawancara baru-baru ini dengan Agensi Berita Indonesia Antara. - Gambar hiasan/ Reuters
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
AS sahkan sokongan untuk pemusatan ASEAN
Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Yohannes Abraham telah menekankan komitmen Kerajaan AS terhadap pemusatan ASEAN.