awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis tunjukkan rupa sebenar Antartika jika semua ais cair

Amanz
Amanz
18/03/2025
04:40 MYT
Saintis tunjukkan rupa sebenar Antartika jika semua ais cair
Peta terbaharu oleh Tinjauan Antartika British (BAS) menunjukkan permukaan sebenar Antartika jika semua ais cair, dengan ketebalan ais purata 1.9 kilometer. -Amanz
TERDAPAT 7 benua di muka bumi dan Antartika ialah benua yang keempat terbesar. Walaupun ia dilitupi 27 juta kilometer padu ais, Antartika ialah benua yang paling kering di dunia.

Ringkasan AI
  • Antartika ialah benua keempat terbesar dan paling kering di dunia, walaupun dilitupi ais tebal.
  • Peta terbaharu oleh Tinjauan Antartika British (BAS) menunjukkan permukaan sebenar Antartika jika semua ais cair, dengan ketebalan ais purata 1.9 kilometer.
  • Jika semua ais Antartika cair, paras laut akan meningkat 58 meter, tetapi benua itu sendiri akan naik lebih tinggi kerana tidak lagi menanggung berat ais.

Wujud persepsi salah yang menganggap Antartika ialah sebuah bongkah air gergasi. Sebaliknya, di bawah lapisan ais ini terdapat permukaan tanah biasa seperti benua-benua lain.
Saintis daripada Tinjauan Antartika British (BAS) telah menerbitkan peta terbaharu permukaan sebenar Antartika sekiranya semua ais di atasnya cair.
BAS menggunakan data yang dikumpul sejak 60 tahun yang lalu bagi menghasilkan peta ini, dan ini merupakan kali ketiga peta diterbitkan oleh BAS sejak 2001.
Peta yang diberi nama Bedmap3 ini menunjukkan permukaan bumi Antartika yang berbukit-bukau dengan ketebalan ais purata ialah 1.9 kilometer.
Di sesetengah kawasan, terdapat ngarai sedalam 4,757 meter yang diukir oleh pergerakan glasier sejak jutaan tahun.
Saintis mengatakan jika kesemua ais Antartika cair, air laut di bumi akan meningkat setinggi 58 meter.
Benua Antartika pula tidak akan tenggelam sepenuhnya tetapi akan naik lebih tinggi kerana tidak lagi perlu menanggung ais seberat 24.759 quadrilion ton. -Amanz
Topic Berkaitan
#Antartika
#paras laut
#dilitupi ais tebal
#Bedmap3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan