awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salji lebat dijangka turun sepanjang cuti tiga hari di Jepun

Bernama
Bernama
10/01/2026
02:30 MYT
Salji lebat dijangka turun sepanjang cuti tiga hari di Jepun
Agensi Meteorologi Jepun menjangkakan taburan salji sehingga 100 sentimeter (cm) di timur laut Tohoku dan sehingga 50 cm di beberapa bahagian Hokuriku dan Chugoku dalam tempoh 24 jam sehingga 6 petang Ahad. - Gambar Reuters
TOKYO: Salji lebat dijangka meliputi kawasan luas merentasi beberapa wilayah di Jepun sempena cuti panjang hujung minggu dan sambutan "Hari Kedewasaan", menurut agensi cuaca negara itu pada Jumaat, sambil memberi amaran mengenai angin kencang dan ombak besar di sepanjang pesisir Laut Jepun serta di utara negara itu.
Kerajaan menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan menggesa pihak berkuasa tempatan bersiap sedia menghadapi sebarang gangguan terhadap perkhidmatan asas, lapor Kyodo News.
Agensi Meteorologi Jepun menjangkakan taburan salji sehingga 100 sentimeter (cm) di timur laut Tohoku dan sehingga 50 cm di beberapa bahagian Hokuriku dan Chugoku dalam tempoh 24 jam sehingga 6 petang Ahad.
Isnin merupakan "Hari Kedewasaan", yang merupakan cuti umum di Jepun.
Perdana Menteri, Sanae Takaichi dalam satu hantaran di X berkata: "Jangan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih awal bagi melindungi nyawa anda," ketika sebuah pejabat perhubungan ditubuhkan bagi mengumpul maklumat dan memantau keadaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#salji lebat
#cuti umum
#Hari Kedewasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan