awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
Pemuda PN tuntut konsensus penuh susulan peletakan jawatan Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salji tebal diramal landa utara, timur Jepun

Bernama
Bernama
03/01/2025
09:41 MYT
Salji tebal diramal landa utara, timur Jepun
Salji dijangka mencecah 50 cm di wilayah Tohoku, 40 cm di wilayah Hokkaido dan Niigata, 35 cm di wilayah Kanto-Koshin dan 30 cm di wilayah Hokuriku dan Tokai menjelang pagi Sabtu. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Salji tebal dijangka melanda utara dan timur Jepun sehingga Sabtu, terutamanya di kawasan pergunungan sepanjang pantai Laut Jepun, menurut agensi cuaca negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Setakat 5 pagi waktu tempatan pada Jumaat, sekitar 412 sentimeter (cm) salji direkodkan di Sukayu, kawasan pergunungan Hakkoda di Wilayah Aomori, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Salji dijangka mencecah 50 cm di wilayah Tohoku, 40 cm di wilayah Hokkaido dan Niigata, 35 cm di wilayah Kanto-Koshin dan 30 cm di wilayah Hokuriku dan Tokai menjelang pagi Sabtu, menurut JMA.
Pegawai kaji cuaca menggesa orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi gangguan lalu lintas, serta kemungkinan tanah runtuh.
Angin dijangka semakin kuat di sepanjang pantai Laut Jepun sehingga Ahad, dengan kemungkinan ribut salji di beberapa kawasan, menurut agensi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#musim sejuk
#salji tebal
#ramalan cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan