HANYA kerana ingin menghidu bau bangkai, warga San Francisco Bay Area sanggup beratur panjang.
Ya, inilah situasi yang berlaku di bandar yang terletak di California, Amerika Syarikat (AS) itu apabila ratusan penduduk memenuhi pekarangan seuah stesen minyak terbiar di kawasan itu pada Khamis lalu.
Menurut laporan AP, pengunjung berada di situ hanya untuk mengambil peluang menghidu bau tanaman unik iaitu "bunga bangkai" atau nama saintifiknya 'amorphophallus titanum'.
Pemilik nurseri tanaman Solomon Levya menjadi pencetus idea kepada situasi yang berlaku apabila dia yang meletakkan tanaman itu di situ apabila melihat bunga beraroma bangkai itu mempunyai tarikan ramai.
Levya yang memuat naik gambar bunga bangkai itu di media sosial membuat keputusan membawa keluar tanaman itu dan mempamerkannya di kawasan stesen minyak terbiar.
“Saya bawa tanaman itu menaiki kereta saya dengan bantuan rakan untuk mengangkatnya, dan meletaknya di kawasan terbiar ini, dan orang ramai secara tidak langsung terus muncul,” katanya.
Teruja melihat orang ramai sanggup beratur panjang di situ, Levya mengambil kerusi lipatnya dan duduk sambil menjawab pertanyaan daripada pengunjung.
Rata-rata mereka berpuas hati kerana dapat melihat dan menghidu sendiri pokok berbau bangkai itu kerana dalam pameran di San Francisco sebelum ini, pokok itu dipamerkan pada jarak jauh.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun May 23 2021

Orang ramai beratur panjang di pekarangan stesen minyak terbiar untuk menghidu pokok bunga bangkai. -AP

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Coca-Cola, GSC meterai perjanjian konsesi baharu, lanjutkan perkongsian lebih tiga dekad
Kerjasama itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Pantau Kos Sara Hidup: Keperluan individu austistik ketika kos meningkat
Perbincangan mengenai usaha untuk menyokong keperluan individu autistik ketika kos semakin meningkat bersama Pakar Pediatrik dan Pengasas Bersama doktorbudak.com. Dr. Zahilah Filzah Zilkifli dan Pengasas Autism Inclusiveness Direct Action (AIDA) Group dan Project Lily, Beatrice Leong.

138 motosikal, 20 kereta 'singgah sahur' di Balai Polis Kota Setar
Intipan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar telah mengesan sekumpulan remaja bermotosikal sedang asyik berlumba.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Sanggup beratur hanya untuk hidu bunga berbau bangkai
Mereka ingin mengambil peluang menghidu bau tanaman unik iaitu bunga bangkai atau nama saintifiknya amorphophallus titanum.