awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu lagi siklon tropika dijangka landa China

Bernama
Bernama
05/09/2023
10:35 MYT
Satu lagi siklon tropika dijangka landa China
Pihak berkuasa tempatan harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kesan ke atas kehidupan orang ramai, kata Jia Xiaolong, timbalan pengarah Pusat Iklim Negara. - Gambar fail/Wikipedia
BEIJING: Satu lagi siklon tropika dijangka melanda atau memberi kesan besar ke atas China pada akhir September, membawa angin ribut dan hujan lebat ke wilayah selatan dan tenggara negara itu, lapor Xinhua.
Pihak berkuasa tempatan harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kesan ke atas kehidupan orang ramai, kata Jia Xiaolong, timbalan pengarah Pusat Iklim Negara.
China telah dilanda Taufan Saola dan Taufan Haikui awal bulan ini.
China juga dijangka menyaksikan taburan hujan yang tidak sekata pada September, dengan bahagian Heilongjiang dan Xinjiang dijangka menerima 20 hingga 50 peratus lebih tinggi daripada purata.
Sebahagian daripada Hebei, Shanxi, Henan, Shandong, Jiangsu, Anhui, Hubei dan Shaanxi dijangka mengalami hujan lebat pada bulan ini.
Sementara itu, beberapa bahagian termasuk Beijing, Tianjin, Hebei, Shanxi, dan Mongolia Dalam, akan menyaksikan suhu lebih tinggi berbanding tahun lalu, kata Jia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#kesan besar
#angin ribut
#Pusat Iklim Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan