Walaupun berjaya dirakam kamera, Ketua Pembangkang Jeremy Corbyn menafikan beliau ada melontarkan perkataan 'stupid' (bodoh) terhadap Perdana Menteri Theresa May ketika Parlimen Britain bersidang pada Rabu.
Beliau sebaliknya mendakwa, tuduhan ke atasnya itu dibuat sebagai cubaan mengalih tumpuan terhadap perdebatan mengenai masa depan negara itu susulan langkah Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit.
"Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya. Saya merujuk kepada mereka yang saya percaya cuba mengubah bahas mengenai krisis nasional menjadi isu remeh, sebagai 'stupid people' (orang-orang yang bodoh).
"Saya tidak gunakan perkataan 'stupid woman' terhadap Perdana Menteri atau sesiapa juga, dan saya dengan sekeras-kerasnya menolak menggunakan bahasa seksis dalam apa jua bentuk," kata Corbyn, ketua parti Labour.
Terdahulu, tindakan Corbyn yang menggunakan kata-kata kesat di dalam Dewan mencetus kemarahan Ahli Parlimen dari Konservatif yang mendesak beliau meminta maaf.
Sir Patrick McLoughlin berkata: "Tuan Speaker, anda mungkin tidak nampak ketika sesi soal jawab, apabila ketua pembangkang duduk, beliau mengomel dengan agak jelas.
"(Dia) Menuduh perdana menteri sebagai perempuan bodoh. Dalam buku panduan yang anda keluarkan minggu ini, perkataan yang digunakan itu adalah tidak sopan. Mohon beliau kembali ke dewan dan memohon maaf."
Sementara itu, Anna Soubry, berkata: Sekiranya rakan saya di sebelah sini Dewan menggunakan ekspresi itu terhadap seorang wanita di barisan hadapan pembangkang, saya pasti Tuan Speaker akan mengambil tindakan dengan serta merta.
"Ini tidak boleh diterima. Tuan Speaker perlu bersikap adil dan mengambil kira pandangan wanita dalam Dewan ini. Kami sudah penat selama berabad lama dibuli oleh lelaki," katanya.
Astro Awani
Thu Dec 20 2018
Corbyn berkata sesuatu yang tidak berapa jelas didengar semasa sesi soal jawab menteri pada sidang Parlimen di London, 19 Dis, 2018. (House of Commons/PA melalui AP)
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hina mahkamah: Lokman Adam diberi amaran terakhir
Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran terakhir kepada Lokman Adam selepas mendapati beliau bersalah menghina mahkamah.
PRN Melaka: 'Kalau saya bodoh dan jahat, Johor akan hadapi PRN macam Melaka' - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau enggan bersikap bodoh dan jahat, semata-mata demi kepentingan politik, tanpa menghiraukan keselamatan dan nyawa rakyat.
Keluar kata kesat, Ahli Parlimen boleh dihalau keluar Dewan - Speaker
Tindakan tersebut diambil bagi mewujudkan suasana yang tenteram dalam Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen sedang berbahas.
Kata 'bodoh la polis', penghantar makanan didenda RM1,000
Mahathir Mohd Zin mengaku bersalah mengeluarkan perkataan tersebut yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan atau mengganggu kesantunan terhadap anggota polis, Mohd Norhisyam.
Saya kata 'stupid people', bukan 'stupid woman' - Corbyn
Beliau sebaliknya mendakwa, tuduhan ke atasnya itu dibuat sebagai cubaan mengalih tumpuan terhadap perdebatan mengenai masa depan negara itu susulan langkah Brexit.
Ketua Pembangkang guna perkataan kesat dalam Parlimen Britain
Sambil membebel sendirian selepas bertikam lidah dengan May, Corbyn dilihat menyebut perkataan 'stupid woman' (perempuan bodoh) dan aksinya itu dirakam kamera televisyen.
Pas tidak didik pemimpin, ahli bercakap bodoh - Abdul Hadi
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu mendidik pemimpin dan ahlinya supaya bercakap dengan bijak serta tidak mengeluarkan kata-kata bodoh.
'Saya bukan seorang yang bodoh ataupun kejam' - Prof Raduan
Prof Datuk Dr Raduan menjelaskan industri pekerjaan di Malaysia, susulan menerima kecaman sebagai seorang profesor yang 'kejam' dan 'bodoh'.
Perbahasan DUN Selangor tegang
Datuk Teng Chang Khim melemparkan perkataan 'bodoh' buat kali kedua kepada ADUN BN selepas melakukan perkara yang sama pada persidangan DUN November tahun lalu.
Ahmad Maslan tidak bodoh - Mohammad Agus
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menegaskan tidak pernah menyatakan secara terbuka Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai seorang pemimpin yang bodoh.