Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono kesal dengan pemerintah daerah Provinsi Riau yang lambat menangani kebakaran hutan dengan baik.
"Ini terjadi lagi, Riau lagi. Saya tahu, ini disebabkan oleh kesalahan kita sendiri," kata Susilo yang dilaporkan oleh detik.com bersuara dengan nada tinggi.
"Sebagian dari saudara kita di Riau kembali melakukan pembakaran di atas ladang yang ada. Saya tahu cuaca ekstrem, api mudah menjalar, tapi biang keladinya ada tindakan pembakaran, yang semestinya boleh dicegah, wali kota, bupati, camat, mestinya boleh dilakukan pencegahan paling tidak mengurangi, tapi kejadian sudah seperti ini," tambahnya.
SBY mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jerebu melalui satu sidang telekonfrens dari Semarang bersama Naib Presiden Boediono di Jakarta dan pemimpin Riau di Pekanbaru.
Menurut Susilo, semua pihak sudah bekerja untuk mengatasi pembakaran hutan namun hasilnya belum memuaskan kerana skalanya yang besar.
Sehubungan itu, beliau mengerahkan satu operasi besar-besaran menangani kebakaran hutan di Riau dan berharap ia akan dapat diselesaikan dalam masa tiga minggu.
Operasi yang dipergiatkan mulai Jumaat akan disertai oleh sebuah briged Tentera Nasional Indonesia dengan kekuatan kira-kira 1,260 anggota bagi membantu operasi sedia ada.
"Harapan saya dalam tiga minggu ini tugas pokok dapat diselesaikan," tegas Susilo seperti dipetik oleh Antara.
Sementara itu, sidang telekonferansi itu gempar apabila Susilo naik berang kerana Gabenor Riau, Anas Maamun dan Menteri Koordinator Kesejahteraan Sosial, Agung Laksono tidak hadir dengan alasan ada tugas lain.
Dengan nada tinggi, Susilo dilaporkan oleh media mengkritik cara pengurusan yang dilakukan Gabenor Riau itu. Katanya, Anas Maamun yang sepatutnya hadir dalam mesyuarat dan bukan timbalannya.
"Mestinya Gabenor Riau ada di situ. Gabenor melaporkan langsung kepada saya apa yang sudah dan sedang dilakukan dan sekaligus gabenor mendengarkan perintah-perintah saya nantinya," kata Susilo.
Tegas presiden penggal akhir itu, isu menangani jerebu di Riau harus jadi keutamaan kerana sudah krisis.
Susilo dijadual ke Dumai pada Sabtu untuk meninjau lokasi kebakaran hutan di Riau.
Susilo tahun lalu mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat Indonesia apabila memohon maaf kepada negara-negara jiran atas kebakaran hutan di Sumatera.
Tindakannya itu disifatkan sebagai lemah dan tunduk kepada negara lain. -- Agensi
Astro Awani
Fri Mar 14 2014
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.