awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scoltz tiba di Magdeburg ketika bendera dikibarkan separuh tiang seluruh Jerman

Bernama
Bernama
21/12/2024
21:30 MYT
Scoltz tiba di Magdeburg ketika bendera dikibarkan separuh tiang seluruh Jerman
Scholz menjawab pertanyaan media ketika melawat lokasi insiden rempuhan kereta yang meragut nyawa di pasar Krismas di Magdeburg, Jerman, 21 Dis 2024. (Foto AP)
MAGDEBURG: Canselor Jerman Olaf Scholz bersama pegawai atasan lain, termasuk Menteri Dalam Negeri Nancy Faeser dan Menteri Kehakiman Volker Wissing, pada Sabtu melawat lokasi insiden rempuhan kereta yang meragut nyawa di pasar Krismas di Magdeburg, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Sekurang-kurangnya empat orang, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban manakala 41 lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh orang ramai pada petang Jumaat. Beberapa media melaporkan lebih 200 orang cedera dalam insiden itu.
Suspek yang kini dalam tahanan polis, merupakan seorang doktor warga Arab Saudi yang tinggal dan bekerja di Bernburg, sebuah bandar di selatan Magdeburg, menurut pegawai.
Scholz dan rombongannya terlebih dahulu bertemu dengan pegawai Kabinet serantau, termasuk Perdana Menteri Negeri Saxony-Anhalt, Reiner Haseloff.
Faeser pada Sabtu pagi mengarahkan semua bendera di bangunan persekutuan dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
Satu upacara peringatan akan diadakan di Katedral Magdeburg pada pukul 7 malam (1800 GMT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Olaf Scholz
#pasar Krismas
#rempuhan kereta
#magdeburg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan