JAKARTA: Nampak pelik tetapi itulah realitinya apabila sebahagian umat Islam di daerah Panggang, Gunungkidul di Jogjakarta, Indonesia menyambut 1 Syawal pada Jumaat, 5 April 2024.

Menurut laporan Detiknews pada Khamis, jemaah di daerah itu akan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah imam Masjid Aolia di Kabupaten Gunungkidul.

Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.

“Sebenarnya ini adalah kerana keyakinan.

"Di Indonesia kita boleh beraya awal atau puasa awal. Tiada masalah.

“Yang penting jaga kesatuan dan jangan menyalahkan yang lain,” katanya atau lebih dikenali dengan panggilan Mbah Benu.

Menantu Mbah Benu, Daud pula memberitahu, tiada takbir dilakukan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sebelum ini, jemaah Masjid Aolia dilaporkan sudah mula berpuasa pada Khamis, 7 Mac 2024. -Sinar Harian/Agensi