WASHINGTON: Setiausaha Negara, Antony Blinken berkata, Amerika Syarikat komited untuk melihat semua yang berlaku antara negara itu dan Afghanistan secara diplomatik bermula hari pertama pengunduran.

Malah, mereka sedia mengambil ikhtibar daripada tindakan itu memandangkan sejarah 20 tahun penglibatan Amerika Syarikat di Afghanistan perlu dilihat sebagai satu pengajaran.

"Kami komited untuk melihat semua yang telah kita lakukan dari hari pertama hingga sekarang dan untuk mengambil pengajaran daripadanya.

"Saya rasa perlu ada, termasuk di seluruh Jabatan Negara, melihat kembali keseluruhan 20 tahun untuk memahami sepanjang perjalanan perang ini dan penglibatan dengan Afghanistan untuk mengajukan soalan yang tepat dan belajar daripada itu," katanya.

Blinken menjelaskan kira-kira 100 rakyat Amerika Syarikat masih berada di Afghanistan dan pasukan pengurusan kes telah ditugaskan untuk setiap individu yang menyatakan minat untuk keluar dari negara berkenaan.

Tambah Blinken, Jabatan Negara berhubung rapat dengan individu-individu berkenaan dan tiada tarikh akhir berkenaan menguruskan keluar rakyat Amerika Syarikat dari negara terbabit.

Blinken tidak memberikan jumlah pemohon visa imigran khusus (SIV) yang tinggal di Afghanistan namun beliau menyatakan program itu tidak pernah dimasukkan untuk digunakan ketika proses keluar dari Afghanistan.