awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekat eksport ayam ke Singapura: "Bukan keputusan yang mudah" - KJ

Bernama
Bernama
02/06/2022
11:03 MYT
Sekat eksport ayam ke Singapura: "Bukan keputusan yang mudah" - KJ
Khairy berkata, Malaysia menghargai hubungan dengan Singapura dan berharap sekatan eksport itu hanya bersifat sementara. - Gambar/ Bernama
SINGAPURA: "Bukan satu keputusan mudah untuk kami buat," kata Khairy Jamaluddin mengenai keputusan Malaysia menghentikan eksport sehingga 3.6 juta ayam mulai 1 Jun yang turut menjejaskan bekalan ke Singapura.
"Kami menghargai hubungan dua hala dengan Singapura. Jadi kami berharap ini adalah langkah sementara sehingga keadaan bekalan dan harga di Malaysia stabil," kata Menteri Kesihatan itu kepada pemberita hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan pemberita mengenai sejauh mana kejayaan larangan import dalam mengawal harga dan menstabilkan bekalan ayam. Khairy berada di sini selama empat hari sejak 31 Mei 2022 hingga 3 Jun untuk Felo Pertukaran Lee Kuan Yew.
"Jelas sekali, kami berada dalam situasi yang sangat sukar memandangkan isu rantaian bekalan berkait dengan isu makanan dan perubahan iklim yang telah menjejaskan masa yang diambil untuk ayam itik membesar dan memasuki pasaran. Jadi gabungan semua faktor itu telah menyebabkan kekurangan dalam bekalan dan membawa kepada harga yang tinggi di Malaysia.
"Walaupun negara sudah tentu akan mendahulukan keperluan makanan mereka sendiri, kami juga sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab sebagai pengeksport kepada negara jiran kami termasuk Singapura," katanya.
Bagaimanapun, Khairy berkata, keadaan semakin pulih.
"Kami bekerjasama rapat dengan pengeluar ayam di Malaysia untuk memastikan mereka dapat meningkatkan pengeluaran. Kami juga sedang melihat makanan gantian untuk memastikan kami mempunyai bekalan makanan yang berpatutan untuk ayam itik.
"Apabila perkara ini selesai, sudah tentu, kami berharap untuk meneruskan eksport ayam itik kami termasuk ke Singapura," katanya.
Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia - hampir kesemuanya diimport sebagai ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#eksport ayam
#Singapura
#Felo Pertukaran Lee Kuan Yew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan