Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam serangan udara Israel di Gaza

Mourners react during the funeral of Palestinians killed in an overnight Israeli strike, according to medics, at Nasser Hospital in Khan Younis in the southern Gaza Strip, February 15, 2026. Reuters/Ramadan Abed
Ahli keluarga mangsa di Hospital Nasser di Khan Younis tidak dapat menahan kesedihan semasa pengebumian warga Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel malam tadi, 15 Februari 2026. -Foto Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin terbunuh dalam beberapa serangan udara Israel di utara dan selatan Semenanjung Gaza pada Ahad, menurut pegawai pertahanan awam dan pegawai kesihatan Palestin.

Petugas perubatan berkata empat mangsa terkorban selepas sebuah khemah pelarian di utara Gaza dibedil pesawat Israel, manakala lima lagi terbunuh dalam serangan berasingan di Khan Younis, selatan Gaza.

Advertisement

Tentera Israel (IDF) dalam kenyataan memaklumkan serangan itu menyasarkan anggota Hamas yang didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata, termasuk insiden di Beit Hanoun pada Sabtu apabila beberapa individu dilapor keluar dari terowong di kawasan yang ditetapkan sebagai “yellow line” di bawah kawalan Israel.

IDF menyifatkan operasi tersebut sebagai “tepat” serta mematuhi undang-undang antarabangsa.

Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan lebih 600 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan Israel, manakala pihak Israel mendakwa empat anggotanya terbunuh dalam tempoh sama.

Kedua‑dua pihak saling menuduh melanggar syarat gencatan senjata yang menjadi sebahagian daripada pelan damai yang diusahakan Amerika Syarikat. 

Must Watch Video