awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh 48 jam

Bernama
Bernama
26/05/2025
10:40 MYT
Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh 48 jam
Sembilan daripada mereka yang terbunuh merupakan anak kepada pakar pediatrik Palestin, Dr Alaa Amir Al-Najjar. - Gambar fail/ Reuters
DOHA: Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 12 tahun dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lalu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza dalam tempoh 48 jam, termasuk sembilan anak kepada pakar pediatrik Palestin, Dr Alaa Amir Al-Najjar.
  • Yaqeen Hammad, pempengaruh media sosial berusia 11 tahun yang aktif dalam misi kemanusiaan, turut terbunuh dalam serangan di Deir al-Balah.
  • Seorang kanak-kanak empat tahun juga dilaporkan meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan, dengan jumlah korban keseluruhan di Gaza sejak 7 Okt 2023 mencecah hampir 54,000 orang, termasuk lebih 16,500 kanak-kanak.

Sembilan daripada mereka yang terbunuh merupakan anak kepada pakar pediatrik Palestin, Dr Alaa Amir Al-Najjar.
Media Arab melaporkan pada Ahad bahawa Dr Al-Najjar sedang bertugas di Hospital Nasser di bandar Khan Yunis apabila beliau menerima berita bahawa sembilan daripada sepuluh anaknya terbunuh dalam serangan udara Israel.
Suaminya dan seorang lagi anak yang terselamat kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi, menurut laporan Al Jazeera.
Sementara itu, Yaqeen Hammad, 11 tahun -- seorang pempengaruh media sosial yang dikenali ramai -- turut terbunuh dalam serangan di bandar Deir al-Balah, menurut laporan sama.
Kanak-kanak perempuan itu mempunyai ribuan pengikut di media sosial dan aktif menyertai misi kemanusiaan bagi membantu penduduk Palestin yang dipindahkan di seluruh Gaza.
Selain itu, seorang lagi kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan, susulan sekatan terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, hampir 54,000 orang terbunuh sejak 7 Okt 2023, termasuk sekurang-kurangnya 16,500 kanak-kanak, manakala lebih 122,700 lagi cedera.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#pembunuhan beramai-ramai
#Kanak-kanak
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami