awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis

Bernama
Bernama
15/12/2024
14:22 MYT
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte. - Foto Medecins du Monde via AP
PARIS: Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte, menurut stesen penyiar awam Perancis, France Info, pada Ahad, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Jerman, dpa.
BFMTV, yang memetik sumber keselamatan, melaporkan angka kematian akibat ribut yang melanda pulau itu pada Sabtu mungkin setinggi 14 orang.
Pemangku Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau pada Sabtu malam berkata terdapat beberapa kematian tetapi tidak dapat mengesahkan jumlah yang tepat. Beliau menyifatkan apa yang berlaku di pulau yang terletak di antara Madagascar dan pantai utara Mozambique, sebagai malapetaka.
Semua rumah yang dalam keadaan uzur di pulau itu musnah, katanya. Pulau itu mempunyai populasi sekitar 310,000 orang.
Ambdilwahedou Soumaila, Datuk Bandar ibu negeri pulau itu, Mamoudzou, memberitahu BFMTV ramai yang cedera dan kerosakan yang berlaku adalah teruk. Jalan-jalan terhalang, beberapa kawasan terputus hubungan dan ramai penduduk tiada bekalan elektrik, katanya.
Lapangan terbang juga dilaporkan rosak.
Perkhidmatan cuaca Perancis, Météo France berkata angin sekencang lebih 220 kilometer sejam melanda pulau itu.
Pihak berkuasa telah menggesa penduduk untuk mencari perlindungan di bangunan yang kukuh dan tinggal di dalam rumah sebelum siklon melanda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siklon Chido
#Mayotte
#Perancis
#Lautan Hindi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan