awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 13 terbunuh, 6 cedera dalam kebakaran bar di Perancis

Agensi
Agensi
06/08/2016
04:22 MYT
Sekurang-kurangnya 13 terbunuh, 6 cedera dalam kebakaran bar di Perancis
Kebakaran berlaku di sebuah bar di pusat bandar Rouen, mengakibatkan 13 kematian dan enam orang cedera, kata Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve. - Gambar fail
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam cedera dalam kebakaran awal pagi Sabtu ketika satu majlis sambutan hari jadi di sebuah bar di Rouen, utara Perancis, menurut pihak berkuasa negara itu.
Kebakaran itu dicetuskan oleh lilin di atas kek hari jadi, yang membakar siling polistirena di bilik bawah tanah tersebut di mana majlis sedang berlangsung.
Mangsa yang terlibat telah mengalami keracunan akibat campuran toksik gas yang dikeluarkan oleh plastik yang terbakar, kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP.
"Tiada letupan, hanya lilin yang digunakan pada majlis hari jadi," katanya.
Kebakaran itu tercetus pada kira-kira tengah malam di bar Cuba Libre itu, dan anggota bomba tiba di tempat kejadian seawal 12.20 tengah malam (2220 GMT Jumaat).
"Kebakaran berlaku di sebuah bar di pusat bandar Rouen malam ini, menurut satu siasatan awal, 13 maut dan enam cedera, dan lebih 50 anggota bomba berada di tempat kejadian," kata Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve dalam satu kenyataan.
Salah seorang yang cedera berada dalam keadaan kritikal, setiausaha agung wilayah Seine-Maritime, Yvan Cordier, memberitahu AFP.
Topic Berkaitan
#bar
#kebakaran
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan