awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya lima maut, 30 cedera kereta api bertembung di India

Bernama
Bernama
17/06/2024
07:43 MYT
Sekurang-kurangnya lima maut, 30 cedera kereta api bertembung di India
Sebuah kereta api barang merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express hingga tergelincir dari landasan. -AP
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh manakala 30 lagi cedera dalam kemalangan kereta api berhampiran stesen New Jalpaiguri, Bengal Barat, India pada Isnin.
Menurut laporan media tempatan, sebuah kereta api barang merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express hingga tergelincir dari landasan.
"Terkejut mendapat berita mengenai kemalangan kereta api tragis di kawasan Phansidewa di daerah Darjeeling," kata Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.
Beliau berkata pegawai tempatan, doktor, ambulans dan pasukan bencana telah dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat dan bantuan perubatan.
"Operasi menyelamat sedang dijalankan dengan pantas. Pihak Keretapi, NDRF (Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan) dan SDRF (Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri) sedang bekerjasama rapat.
"Mereka yang cedera dibawa ke hospital. Pegawai kanan telah tiba di lokasi," kata Menteri Keretapi Ashwini Vaishnaw dalam satu hantaran di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas kereta api
#stesen New Jalpaiguri
#Kanchanjungha Express
#tergelincir dari landasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan