awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
Gunung berapi di Kamchatka hambur abu setinggi 11.5km, amaran merah dikeluarkan
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 13 tahun, polis NZ percaya mayat mangsa tragedi lombong Pike River berjaya ditemukan

Bernama
Bernama
12/05/2023
10:05 MYT
Selepas 13 tahun, polis NZ percaya mayat mangsa tragedi lombong Pike River berjaya ditemukan
Polis dan pakar telah menggerudi lubang yang menghala ke lombong arang batu sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap bencana itu. - Gambar Twitter@delbert_earl
WELLINGTON: Polis New Zealand pada Jumaat mengumumkan penemuan dipercayai mayat manusia di lombong Pike River, hampir 13 tahun sejak tragedi letupan di sebuah lombong mengorbankan 29 nyawa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Satu siri letupan yang berlaku pada 19 Nov 2010 di lombong bawah tanah berhampiran Greymouth, di wilayah Pantai Barat Pulau Selatan negara itu telah mengorbankan 29 nyawa.
Mayat mereka tidak pernah dijumpai.
Polis dan pakar telah menggerudi lubang yang menghala ke lombong arang batu sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap bencana itu.
Inspektor Detektif Darryl Sweeney berkata imej dari lubang gerudi menunjukkan kemungkinan penemuan jasad manusia.
Dua pakar patologi telah melihat imej itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada imej itu adalah mayat manusia, kata Sweeney.
"Kami menyedari ini adalah proses yang amat sukar bagi keluarga 29 mangsa yang terkorban di Pike River," katanya.
Tiga lagi lubang akan digerudi di tapak itu dalam beberapa minggu akan datang, bagi menyimpulkan siasatan polis di lombong itu, kata Sweeney.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis New Zealand
#lombong Pike River
#letupan lombong
#Greymouth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan